CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bimbang Dengan Keadaan Semasa Ibnor, Keluarga Rayu Bantuan Kewangan

1-3-2023 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4745| Komen: 45

Tiada pilihan lain, keluarga Ibnor Riza terpaksa memohon perhatian masyarakat untuk membantu meringankan beban ekoran penderitaan dilalui penyanyi terkenal era 1980-an itu.

Menurut Sarimah Sulaiman yang juga isteri kepada penyanyi masyhur dengan lagu Meneka Dalam Kesamaran dan Berdiri Seorang Perindu itu, ketika ini dia sekeluarga benar-benar dalam kesempitan untuk membiayai kos rawatan Ibnor.


Dalam masa sama, Sarimah meluahkan kebimbangan dengan perkembangan kesihatan suaminya.


IG

“Kami sekeluarga bimbang dengan keadaan semasa Ibnor. Kami mengharapkan doa orang ramai untuk kesihatan suami.

“Ibnor adalah ketua keluarga jadi apabila suami jatuh sakit, kami berdepan kesukaran. Saya mohon bantuan untuk menampung kos perjalanan bagi tujuan rawatan suami di hospital.

"Jadi jika ada yang sudi beri bantuan kewangan atau dalam bentuk lain, saya amat menghargainya,” kata Sarimah kepada Awani ketika dihubungi.


Kongsi Sarimah, bagi sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan kewangan boleh menyumbang ke akaun bernama Ibnor Riza Ibrahim nombor akaun 114478024958 (Maybank).

Dalam perkembangan berkaitan, Ibnor kini dimasukkan ke wad biasa dan masih dalam pantauan memandangkan bengkak pada lehernya masih kelihatan.

“Doktor masih belum ambil sebarang tindakan kerana dikhuatiri memberi kesan kepada jantung,” katanya.

Bulan lalu, Ibnor dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan menghidap 'Vocal Cord Palsy' yang membuatkan dirinya sukar bercakap akibat bengkak dialami pada leher.

Penyanyi berusia 62 tahun itu juga sebelum ini dilaporkan menghadapi pelbagai komplikasi antaranya kencing manis, darah tinggi, migrain dan tahap kolesterol kritikal. 


Sumber: Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 1-3-2023 07:02 PM
Serious question, masuk hkl perlu cost tinggi ke? Biasa dgr org ckp bape ringgit je
Quote rayna_raynes 1-3-2023 07:26 PM
hareeeesah replied at 1-3-2023 07:02 PM
Serious question, masuk hkl perlu cost tinggi ke? Biasa dgr org ckp bape ringgit je

kena ada duit juga, org yg jaga perlu duit untuk makan minum transport etc

Kadang2 ada procedure yang diorang buat kena tambah bayaran. Mcm aku dulu pernah kena buat lab test yg specific tp makmal hospital tu takde, tp makmal luar ada. so kena bayar untuk dioraang hantar sample kat lab luar. RM450+ jugak kena keluar.

Quote hareeeesah 1-3-2023 08:17 PM
rayna_raynes replied at 1-3-2023 07:26 PM
kena ada duit juga, org yg jaga perlu duit untuk makan minum transport etc

Kadang2 ada procedure  ...

Utk yg jaga tu iols no comment la.. dah la hkl lalu tepi jln dh nmpk tealive opposite ada pizzahut. Mengundang btul
Utk pesakit tu, ada beza kalau yg gomen & xgomen even kalau malaysian citizen ke?
Kalau lab test tu ok faham. Mcm check up ubat?
Quote forum5290 2-3-2023 12:39 AM
Bkn ke dye skng kt hspital port dickson...
Quote clarizsa 2-3-2023 01:14 AM
Reti tak menyimpan wang ke
Takde epf ke
Socso ke
Simpanan asb ke apa ke
Asyiklaaa minta derma
Quote rayna_raynes 2-3-2023 01:27 AM
hareeeesah replied at 1-3-2023 08:17 PM
Utk yg jaga tu iols no comment la.. dah la hkl lalu tepi jln dh nmpk tealive opposite ada pizzahut ...

Depends dengan penyakit juga. Tapi in general biasanya still affordable.

Kalau warganegara, max caj adalah RM500, tak kira berapa lama duduk hospital. Aku pernah duduk dua bulan, bil dalam 400+ je.
kalau staff gomen, free semuanya. kalau bukan staff gomen, kena bayarla

Kalau ada prosedur mcm contoh patah kena masuk besi, kena bayar harga besi tu asing
Kalau chemo guna ubat lain kena bayar harga ubat asing
Kalau setakat beranak, demam, jangkitan kuman etc insya allah tak terlalu membebankan. Tak ribu2 macam swasta


Quote rayna_raynes 2-3-2023 01:30 AM
clarizsa replied at 2-3-2023 01:14 AM
Reti tak menyimpan wang ke
Takde epf ke
Socso ke

mungkin ada tapi since terperuk kat hospital takleh keluarkanla kot
mcm kes pak sedara I dulu duit banyak, tapi family tak tau pin number. org tua tu kena strok, terkontang-kanting kejap family. Lepas 2 bulan baru dapat keluarkan duit itupun kena usung org tua bedridden pergi bank untuk settlekan urusan tukar pin semua


Quote laradelara 2-3-2023 02:39 AM
Siannya.. Moga Allah berikan kesembuhan & permudahkan urusan
Quote MisXoXo 2-3-2023 08:57 AM
Wad kelas tiga rm3 sehari puan.belum lg prosedur2 tu..walau x mahal tp kalau sekali masuk sebulan..fikor2kan ya.skrg drpd senawang kak seri pindah seremban dh sebab abg ib kt hosp somban kan..semoga dipermudahkan utk abg ibnor
Quote kucingitam 2-3-2023 09:00 AM
dalam dunia ni yang free hanya mak & bapak saja....itu kau dapat percuma.. hosp govt tgk by cases, mmg ada kos yg perlu kau tanggung
Quote Managerara 2-3-2023 09:03 AM
rayna_raynes replied at 1-3-2023 07:26 PM
kena ada duit juga, org yg jaga perlu duit untuk makan minum transport etc

Kadang2 ada procedure  ...

Memangla .tapi setakat belanje tu xmampu ke? Maksudnya famili die b40 ke camne..jiran2 aku ramai gak b40 tapi kalau kena musibah tu aku tgk masih mampu bertahan..kita org keliling pun tolong. Takla sampai 1 malaysia kena tolong.
Quote DARSITA 2-3-2023 09:12 AM
Penyanyi berusia 62 tahun itu juga sebelum ini dilaporkan menghadapi pelbagai komplikasi antaranya kencing manis, darah tinggi, migrain dan tahap kolesterol kritikal.


Banyak betul penyakit yg dia ada.

Kalau dia kawin tahun 80 an tentu ada anak yang sudah 20 an 30 an - tentu boleh bantu.
Quote da_vinci 2-3-2023 09:13 AM
Persatuan Seniman boleh dah bertindak, Dato DJ Dave....
Quote hareeeesah 2-3-2023 09:33 AM
rayna_raynes replied at 2-3-2023 01:27 AM
Depends dengan penyakit juga. Tapi in general biasanya still affordable.

Kalau warganegara, max c ...

Oooo fhm la. Tgk keadaan gak. Tula nasib org lain-lain.. semoga dipermudhkn la urusan dorg sekeluarga.
Tq ray explain..
Quote prettyuglybabe 2-3-2023 11:22 AM
kalau betul tak mampu, gi la zakat minta mereka bantu..
Quote caprut 2-3-2023 11:29 AM
rayna_raynes replied at 1-3-2023 07:26 PM
kena ada duit juga, org yg jaga perlu duit untuk makan minum transport etc

Kadang2 ada procedure  ...

Murah la tu diknon. Xkan la penyanyi popular 80an xde simpanan. Kalau xde simpanan pun pndai2 la usaha. Bkn meminta2. Ramai lg yg x pnh senang hidup susah
Quote caprut 2-3-2023 11:30 AM
Managerara replied at 2-3-2023 09:03 AM
Memangla .tapi setakat belanje tu xmampu ke? Maksudnya famili die b40 ke camne..jiran2 aku ramai g ...

Senang kan jadi artis. Nti 30 tahun lg tiktokers pula minta bntuan itu ini. Sedangkan masa tgh top galak dok ke sana ke sini makan sedap free
Quote TabletSusu 2-3-2023 11:48 AM
aku rasa isteri dia ambil pendekatan yg mudah.. minta tlg kat rakyat malaysia yg majoriti dermawan dan berhati mulia. tgk ajelah setiap kali ada kisah org susah viral.. mesti dpt kutip derma ratus2 ribu. dan mesti ada yg sanggup hulur macam2 bantuan.

nak2 retis klu ditimpa "musibah", lagi cepat dan senang rakyat malaysia bagi bantuan. yang derma masuk acc lain.. yg tolong sponsor mcm2 lain pulak.

esok2 mesti ada berita, org ni melawat hulur derma, org tu melawat hulur bantuan, hamba allah dtg melawat bgtau nak sponsor bil hospital etc
Quote ayahtakkulop 12-3-2023 10:31 PM
TabletSusu replied at 2-3-2023 11:48 AM
aku rasa isteri dia ambil pendekatan yg mudah.. minta tlg kat rakyat malaysia yg majoriti dermawan d ...

isteri isteri dia....alaaa malas lah nak cerita panjang paham paham sendiri lah kan standard retis retis ni

yang mintak bantuan 1mesia ni ada anak  sebelom kawin dengan dia...kawin dengan dia ada pulak lagi anak....alah suam suam kuku gak nyanyi sana sini

itulah dia dah tua tua banyak penyakit cam tu lah cerita dia

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.052833 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top