CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ini Reaksi Pengarah Tentang Isu Babi Dan Bapa Restu Anak Pilih Agama Dalam ‘Mentega Terbang’

1-3-2023 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2485| Komen: 7

Sedar akan isu filem Mentega Terbang yang sedang diperkatakan kerana memaparkan babak yang dikatakan menghina Islam, pengarahnya iaitu Khairi Anwar, 31, berkata apa yang menjadi bualan orang ramai bukanlah gambaran sebenar yang ingin disampaikan dalam keseluruhan filem tersebut.


Malah suntingan beberapa minit dari filem tersebut juga tidak akan menjawab mesej sebenar yang ingin disampaikan jika orang ramai tidak menonton penuh karya berdurasi 1 jam 45 minit itu.


Khairi (kiri) tidak mudah melatah dengan kecaman.

"Saya rasa mereka yang mengecam filem ini tidak menonton sehingga habis. Mereka bercakap di luar konteks sedangkan apa yang ingin disampaikan ada dalam keseluruhan filem tersebut.

"Mereka hanya mengambil klip dua minit dari keseluruhan 1 jam 45 minit," katanya ringkas ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Sejak beberapa hari lalu satu babak dari filem terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment itu hangat menjadi bualan kerana menggambarkan seorang bapa yang berfikiran terbuka tidak menghalang anaknya untuk memilih agama yang mana perbuatan itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam.


Selain itu lontaran dialog watak kanak-kanak perempuan bernama Aishah juga menjadi perdebatan kerana dianggap boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan penonton.


Klip babak dalam filem Mentega Kacang mengelirukan penonton.

Isu ini turut mendapat perhatian penyanyi Caprice yang meluahkan rasa bengang dan berharap pihak berkuasa termasuk Kementerian Komunikasi & Digital untuk mengambil tindakan.

Tidak mudah melatah dengan segala kritikan tersebut, Khairi menegaskan segala jawapan terhadap persoalan yang timbul ada dipaparkan dalam filem berkenaan.

"Jawapan kepada isu yang viral itu ada pada minit seterusnya. Malangnya ia telah dipotong dan hanya isu tersebut yang menjadi viral di media sosial," ulasnya.

Tambah Khairi apa yang sedang diperkatakan di sosial media kini bukanlah sengaja dirancang oleh pihak produksi bagi tujuan pemasaran kerana filem ini telah lama disiapkan.

Katanya pihak produksi pernah cuba untuk membuka tayangan di pawagam tempatan namun ditolak berikutan ia dianggap mengandungi isu sensitif masyarakat Malaysia.

"Kalaulah ada yang katakan ini sebagai satu cara marketing, saya boleh katakan ia gagal sebab filem ini sudah siap pada tahun 2020. Kalau nak viral lebih baik dari dahulu saya muat naik cerita kontroversi begini.

"Filem ini juga tidak dapat ditayangkan di pawagam. Apabila saya buka mulut sahaja, mereka (pihak pawagam) sudah tolak," ceritanya.

Selain isu itu, terdapat satu lagi adegan mengenai makanan daging babi turut tular di media sosial yang menjadi bantahan ramai.

Sementara itu difahamkan karya berkenaan telah diturunkan di platform Viu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosannazmia 1-3-2023 05:57 PM
Ok dlm viu ahkak dah subs smp setahun
Quote tepisket.. 1-3-2023 05:57 PM
Filem underground xde tapis LPF ke?? Org mcm ni fikir untung ke cmne time nak produce filem?
Quote LadyCarefree 1-3-2023 06:16 PM
Siboknya si nasibasi tu
Quote dudaberhias 1-3-2023 06:22 PM
Gigihnya sibuk pasal filem macamni tapi at the same time gigih tengok filem kapir kat pawagam siap kuarkan duit rezeki untuk lihat adegan2 yang ada scene berzina etc. Sama je levelnya kena beratur di pintu neraka jua. Jangan hengat kita tengok filem2 omputeh lagi2 marvel tu halalan toyyiban belaka.
Quote Aneem 1-3-2023 06:40 PM
Aku rasa apa yg berlaku dlm cite tu mmg berlaku je in real life.
Quote Rdizz 1-3-2023 07:22 PM
Bahaya filem ni, terutama utk remaja2 yg akidah tak kuat. Promot pluralisme. As muslim, menyamarakan agama2 lain dgn islam is a big no. Boleh murtad jgn buat main2.
Quote sayurmayur88 2-3-2023 11:49 AM
biasanya watak/jln cerita dlm filem/drama adalah sedikit sebanyak cerminan dgn apa yg berlaku di luar.
boleh jadi pengarah nk timbulkan kesedaran akan perkara ni, tapi tu lah bab2 agama ni sensitif dan taboo, risau akan beri impak negatif kpd budak/remaja yg masih tercari2 jati diri ditambah pula dgn didikan agama yg cetek.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.045074 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top