Sharul Kamal mendedahkan bahawa dia telah ditegur oleh orang awam gara-gara mempunyai muka yang seiras dengan dengan Hafidz Roshdi. Di Twitter, Sharul sempat memuat naik video lamanya bersama Hafidz di mana mereka memberitahu bahawa mereka berdua adalah individu yang berbeza.
"Jangan nak sama-sama, kalau nak samakan pastikan benda-benda baik,” kata Hafidz. Di ruangan komen ramai yang setuju mereka berdua nampak seiras namun apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah ayat yang dikatakan oleh mereka berdua di dalam video itu. Kata Sharul, "Kau tak boleh buat hal, aku tak boleh buat hal. Nanti orang samakan, bahaya.” Disebabkan itu tak semena-mena netizen mengaitkan ayat itu dengan kes kecurangan Hafidz dan ada yang berpesan kepada Sharul supaya tidak mempunyai perangai yang sama dengannya. -CARI
|
nordin84 replied at 1-3-2023 09:30 PM
dia ni nmpk iras2 akim jgk
Themilo replied at 2-3-2023 08:02 AM
cubaan nak up nama yang sendu ke tu? bak kata @katibism , BBNUTS.
rosevelvet replied at 19-3-2023 03:20 PM
Yg rambut pendek tu ke SK. Yg rmbut pnjg lak sapa
Chah21 replied at 19-3-2023 06:21 PM
Tertukar tu.. sk rmbut pnjg..yg pendek Hafiz
ADVERTISEMENT