Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan berani dengan mendakwa kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal tumbang. "Orang tanya bila berlaku ini. Ini ramalan.
"Insya-Allah, (akan berlaku) dalam masa terdekat," katanya ketika berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur semalam. Hadi bagaimanapun tidak menyebut berdasarkan apa jangkaannya itu dibuat, lapor MalaysiaKini. Ketika berucap di Dewan Rakyat semalam, Hadi juga menegaskan pembangkang tidak boleh dipersalahkan sekiranya pentadbiran PH runtuh sekali lagi. "Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah," katanya merujuk pentadbiran PH yang ditumbangkan melalui Langkah Sheraton pada 2020.
Dalam dialog itu, Hadi turut mengingatkan bahawa negara ini akan dikuasai golongan bukan Islam sekiranya kaum Melayu tidak mempunyai kesedaran politik. "(Selepas PRU15)... saya jumpa Tun Mahathir (Dr Mahathir Mohamad) walaupun di luarnya nampak berbalah tapi di belakang baik bincang-bincang. "Dia jemput saya datang ke rumah dia, saya pergi. Dia sangat runsing melihat pilihan raya baru-baru ini. "Walaupun, Perikatan Nasional (PN) mencapai kemenangan mendapat undi Melayu dan orang Islam paling besar, Pakatan Harapan (PH) dapat undi bukan Islam (menubuhkan kerajaan). "Peratus bukan Islam yang keluar mengundi 98 peratus. Peratus orang Melayu yang keluar mengundi 68 peratus. Ia sangat membimbangkan," katanya. Tambahnya, masyarakat juga perlu menyedari tentang kepentingan untuk keluar mengundi. Loading FB Post... "Tapi, orang kita masih pandang buat umrah sunat lebih afdal daripada (keluar) mengundi. "Kalau macam ini negeri kita akan dikuasai oleh orang (bukan Islam) akan datang ini. Bahaya yang kita tak sedar, perlunya pilihan raya, perlunya politik. "Kalau orang kita 68 peratus keluar mengundi dan 98 peratus bukan Islam keluar mengundi. Ini sangat bahaya jumlahnya sikit. Kalau kita tak keluar ia boleh (masyarakat lain) menguasai. "Alhamdulillah dalam parlimen, ahli parlimen Islam bumiputera 160 sudah mencecah dua pertiga kerana berpecah. Sepatutnya boleh kuasai, tapi ini hal orang politik, tak nak bersatu. "Contohnya di Perak, Pahang kita dapat kerusi besar bergabung dengan Umno boleh buat kerajaan. "Tapi, orang Umno (fikir) kalau kerjasama dengan PAS, parti itu akan bunuh Umno. Padahal, PH yang bunuh Umno," katanya. - CARI
|
CiliPadiSedap: Kalau jadi kerajaan pun masalah air kt kelantan gagal diselesaikan.
tripleid replied at 1-3-2023 01:54 PM
Insyaallah kau akan ke kubur...
stingerbumpy replied at 1-3-2023 02:02 PM
Don't we all?
Biorler dia nak vent his frustration.....
creep_bite replied at 1-3-2023 02:03 PM
Semoga hasrat hj hadi dimakbulkan Allah.
tripleid replied at 1-3-2023 02:09 PM
Nikmat makan gaji buta dah kena tarik kan.. haruslah menggelupor.. ckp pun melalut mcm org gila
stingerbumpy replied at 1-3-2023 04:26 PM
Periuk nasinya telah dirampas....itewww yg sawan luar tabiii
dua_chzy replied at 1-3-2023 01:47 PM
Mudah2an atok Hadi yang tumbang.
ADVERTISEMENT