CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isyarat Berulang Setiap 20 Hingga 30 Saat, Saintis Bingung Selepas Kesan 'Degupan' Misteri Dari Matahari

1-3-2023 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1418| Komen: 6

Para saintis bingung selepas mereka mengesan dua isyarat 'degupan' misteri yang datang dari matahari.

Menurut penyelidik, isyarat yang terletak di atmosfera matahari itu dilaporkan berulang antara setiap 10 dan 20 saat.


Mereka berharap penemuan itu dapat untuk memahami dengan lebih baik letupan paling kuat yang berlaku dalam sistem suria.


Foto: Getty Images

Para saintis juga percaya bahawa rentak itu datang daripada suar suria kelas C yang meletus lebih daripada 5,000 kilometer (km) di atas permukaan bintang.

Penerbitan kajian itu menjelaskan bahawa suar suria adalah pengusiran tenaga yang paling kuat.

Ahli astronomi Sijie Yu menyifatkan penemuan itu sebagai satu penemuan yang "tidak dijangka".

"Corak degupan ini penting untuk memahami bagaimana tenaga dibebaskan dan dihamburkan dalam atmosfera matahari semasa letupan yang sangat kuat.


"Walau bagaimanapun, asal-usul corak berulang ini telah lama menjadi misteri dan topik perdebatan dalam kalangan ahli fizik solar," ujarnya.

Menggunakan Expanded Owens Valley Solar Array (EOVSA) - fasiliti Amerika Syarikat (AS) yang menjejaki frekuensi radio gelombang mikro - saintis dapat mengesan lokasi sebenar nadi pertama.

Isyarat awal dipercayai datang melalui dasar arus elektrik lebih 25,000 km melalui teras letusan.

Semasa menganalisis penemuan ini, saintis secara tidak sengaja terjumpa nadi misteri kedua.

"Corak berulang tidak biasa untuk letupan radio solar.

"Tetapi yang menariknya, terdapat sumber sekunder yang kami tidak jangkakan terletak di sepanjang helaian arus terbentang yang berdenyut dengan cara yang sama," ujar saintis itu lagi. - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 1-3-2023 01:43 PM
Agaknya itu bunyi dari malaikat penjaga matahari yang bertugas meredakan sinaran matahari dari membahayakan umat manusia.

والله أعلمُ بالـصـواب
Quote namr 1-3-2023 03:29 PM
alien nak bawak democracy kat penduduk bumi ehh penduduk amerika
Quote rosedemon 2-3-2023 08:38 AM
kiamat jela cpt
Quote Simunggu 2-3-2023 09:57 AM
matahari sentiasa berselawat...kamu tahu?
Quote venom1 2-3-2023 10:00 AM
Simunggu replied at 2-3-2023 09:57 AM
matahari sentiasa berselawat...kamu tahu?

Ya semua ciptaan Allah berselawat dan memuji Allah? Kita? ntahla
Quote Simunggu 2-3-2023 02:53 PM
venom1 replied at 2-3-2023 10:00 AM
Ya semua ciptaan Allah berselawat dan memuji Allah? Kita? ntahla

tulah bunyi yg didengar..kamu faham?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.187148 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top