Zulin Aziz terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan menghidap penyakit apendiks dan batu hempedu. Di Instagram, Zulin mengakui bahawa dia berasa takut dan masih belum bersedia untuk melakukan pembedahan tersebut kerana pada awalnya dia menyangka hanya sakit gastrik.
"Salam semua. Sebentar lagi saya akan menjalani pembedahan Appendix & batu hempedu. Doakan saya semoga selamat dan dipermudahkan segala urusan ya? "Jujurnya saya takut. Tak bersedia, ingat gastrik tapi terus kena masuk bilik bedah. Allahuakbar. Ya Allah panjangkanlah umurku, Permudahkanlah urusan kami, Berikanlah aku kesembuhan dari segala penyakit, Amin Ya Rab Ya Mujib Ya Karim."
|
ADVERTISEMENT