CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terpaksa Potong 10 Babak, Filem Pulau Sasar Kutipan RM7 Juta -Masih Berharap Boleh Masuk Wayang Terengganu

1-3-2023 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1393| Komen: 18

Susulan kontroversi sebelum ini, Penerbit filem Pulau iaitu Fred Chong mendedahkan produksi terpaksa memotong 10 babak dalam karya berkenaan.

Walaupun terpaksa potong, produksi tetap meletakkan keyakinan untuk meraih sasaran kutipan sebanyak RM7 juta bagi filem ini.


Kata Fred, sebelum ini mereka hanya memperoleh sebanyak 70 pawagam menerusi Skim Wajib Tayang, namun kini filem berkenaan bakal ditayangkan di lebih 100 pawagam seluruh negara.




"Bagi mendapatkan klasifikasi PG13, kami terpaksa memotong 10 babak. Pada mulanya, Pulau mendapat tayangan 70 pawagam menerusi Skim Wajib Tayang.

"Tetapi pihak pengedar berjaya mendapatkan tayangan di 127 pawagam. Cuma, apabila Pulau diharamkan di sebuah negeri, jumlah berkurang kepada 124 pawagam," katanya.

Dalam pada itu, Fred memberitahu pihaknya masih menunggu keputusan rayuan membatalkan pengharaman tayangan filem tersebut di Terengganu.


Bercakap soal kerugian, Fred terus bersikap positif dan masih mengharapkan agar filem Pulau diterima ramai.

"Sejujurnya, kami masih berharap dan sudah menghantar rayuan seminggu lalu tetapi masih menunggu jawapan daripada kerajaan negeri.

"Soal kerugian, setakat ini kami tidak boleh cakap dan cuma berharap agar filem ini tidak berdepan kerugian. Cuma ada beberapa penaja telah menarik diri.

"Bagaimanapun, kami percaya Pulau adalah satu filem yang baik dan harus ditonton. Jadi, kami berharap agar peminat terbuka dengan filem ini," ujarnya.

Pada 9 Februari lalu, Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu telah mengutus sepucuk surat untuk tidak membenarkan tayangan filem Pulau di negeri berkenaan.

Keputusan ini dibuat atas alasan terdapat adegan unsur-unsur yang keterlaluan.

Sebelum ini, treler filem Pulau menerima kecaman banyak pihak kerana memperlihatkan beberapa adegan yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Pulau menampilkan barisan pelakon popular termasuk Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Annuar dan Mark O’Dea.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Mac depan.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 1-3-2023 10:40 AM
Demi terangganu LOL
Quote sambaldurian 1-3-2023 10:43 AM
Aiyo, sedangkan skg nk suh wanita muslim pki tudung, nk harap citer ni masuk wayang. Erm ...tula time BN aritu xnk tayang lg. Liberal sikit.
Quote rayna_raynes 1-3-2023 10:44 AM
At this rate kalau dapat 1M pun dah okay. Kau kena bersaing dengan Didi & Friends dik
Quote Suchi 1-3-2023 10:52 AM
Sudah2 la cite gini
Melainkan ada plot twist yg mantop
Kalau tetap pasal gangguan antu boringlaaaa

Quote orkid_amani 1-3-2023 11:11 AM
rayna_raynes: At this rate kalau dapat 1M pu ...

Takdak pulak yaa Didi & friends ni di update kutipan ticket nya mcm filem Mechamato tu..skg kn cuti sekolah..patutnya mencanak naik jugak jualan ticket D&F tuu..aii baru nk p tengok hari ni ambik promo GSC half price hari Rabu utk adult..ticket budak RM10
Quote rayna_raynes 1-3-2023 11:15 AM
orkid_amani replied at 1-3-2023 11:11 AM
Takdak pulak yaa Didi & friends ni di update kutipan ticket nya mcm filem Mechamato tu..skg kn cuti ...

Semalam dah 3 juta (selepas seminggu). Harap lepas gaji naik double or triple

Quote Burong_Hantuk 1-3-2023 12:19 PM
no komen!!!!
Quote pocongkiutss 1-3-2023 12:20 PM
Koser...Drpd tgk Pulau ni..baik tgk Imaginur
Quote dudaberhias 1-3-2023 12:24 PM
sebab ada seko pelakon jejan yang pernah tayang lubsjubs berserabai macam pelabuhan klang kena taufan... terus tak berselera nak tengok filem ni...

heroin herlok tu dah ok dah... menepati citarasa orang tempatan, tapi yang jejan2 yang tak herlok plak
Quote Adrif 1-3-2023 12:44 PM
kontroversi teruk sangat

dah tau rakyat Malaysia macam mana, korang sendiri yang daring pegi jolok sarang tebuan. tak sensitif, tak fikir jauh

pandai buat, pandai tanggung

anyway, better cancel terus.. atau hold, tayang semula 10 tahun lagi. aa gituu
Quote zarulnazmi 1-3-2023 01:48 PM
susah sangat masuk je ke viu atau netflix.
Quote doridori_hi 1-3-2023 02:54 PM
Terengganu pun di kelilingi pulau2, baik deols lepak sana je terus...
Quote dekmieDandy 1-3-2023 03:00 PM
orkid_amani replied at 1-3-2023 11:11 AM
Takdak pulak yaa Didi & friends ni di update kutipan ticket nya mcm filem Mechamato tu..skg kn cuti ...

ada lah uolls, kutipan dah RM3 juta setakat semalam. page GSC yang update.
Quote orkid_amani 1-3-2023 04:37 PM
rayna_raynes replied at 1-3-2023 11:15 AM
Semalam dah 3 juta (selepas seminggu). Harap lepas gaji naik double or triple

Yaa ka..rasanya banyak parents yg xbawak ank tgk lg kot..dgn nk bukak sekolah..posa..raya lagi..tadi aii p panggung kosong ja..xsampai 20 org pun dlm panggung..itu gsc..kalau cinema lain xtau la.. hall besar gak tuu..gsc ni Soundsystem mmg power
Quote ketupatnasi 1-3-2023 05:27 PM
Harapang semoga mendapat kutipang juta2 bila tayang di tranung
Quote rosedemon 2-3-2023 08:47 AM
xhingin aku tgk cte melayu
Quote MissVixen 2-3-2023 09:29 AM
Banyaknya scenes tak senonoh sampai 10 kena potong. Ini cerita soft porn ke, cerita hantu.
Cinapek ramai ke pergi tengok cerita ni nanti?
Quote akuHavocczz 2-3-2023 10:21 AM
Dengar review orang yang pergi gala, kata nya filem ni sampah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.055061 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top