CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Badan Bengkak Sebab Buah Pinggang Tak Berfungsi, Ebby Yus Hanya Boleh Minum Air 500 ml Je Sehari

1-3-2023 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4499| Komen: 31

Peminat ikut bimbang dengan tahap kesihatan pelakon Ebby Yus yang dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik.

Ini selepas Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 57, memaklumkan kondisi jantungnya berada dalam keadaan lemah dengan kekuatan sekitar 27 peratus sahaja.


Berkongsi perkembangan terkini, Ebby memberitahu keadaannya kini bertambah baik, namun masih tidak boleh melakukan sebarang aktiviti yang agresif.

Foto: IG

"Alhamdulillah, keadaan saya kini sudah bertambah baik. Sebelum ini, saya mengalami masalah sesak nafas dan tidak boleh berjalan disebabkan oleh water retention.

"Badan saya menjadi bengkak akibat dipenuhi air kerana buah pinggang tidak lagi mampu memproses air keluar daripada badan yang mengakibatkan sesak nafas.

"Saya diwadkan di hospital dan berada selama tiga hari di Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor masukkan tiub kecil ke dalam perut untuk mengeluarkan lebihan air," katanya kepada mStar.




Ebby sebelum ini memaklumkan dia ditahan selama seminggu di Hospital Kuala Lumpur.

Disebabkan oleh tubuh badannya kini tidak lagi boleh menampung air yang banyak, Ebby berkata doktor menasihati untuk mengambil 500 mililiter (ml) air kosong sahaja dalam sehari.

Mengakui perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah, pelakon sitkom Sepahtu Reunion itu kadangkala terpaksa melanggar 'pantang' lebih-lebih lagi ketika waktu bekerja.

"Saya kini hanya boleh minum sebanyak 500ml air sehari sahaja sebab masalah buah pinggang. Memang tak mudah, lebih-lebih lagi sewaktu saya sedang bekerja.

"Kadangkala saya terlebih juga minum segelas dua air, tetapi tidaklah berlebihan. Kalau duduk rumah sahaja mungkin bolehlah minum 500ml tu," ujarnya.


Sementara itu, ditanya soal kewangan untuk menampung kehidupan dan menjalani rawatan, Ebby bersyukur dengan rezeki yang ada dan menyifatkan tiada lagi keperluan baginya untuk meminta bantuan orang ramai.

Kata Ebby, dia masih mempunyai wang untuk menyara kehidupan harian dengan bekerja, sebaliknya memohon agar diberi lebih banyak peluang dalam pekerjaan.

"Alhamdulillah, buat masa ini saya rasa belum ada keperluan lagi untuk saya minta bantuan orang ramai. Saya masih mempunyai wang untuk makan, bayar rumah dan sebagainya.

"Namun, saya berharap agar diberikan peluang pekerjaan kerana saya masih mampu untuk bekerja tetapi hanya melibatkan penggambaran di dalam studio atau program bual bicara," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 1-3-2023 09:56 AM
Semoga kembali sembuh, teringat arwah abah mertua sakit jantung kaki bengkak2 dan tak dibenarkan minum air banyak.
Kena sukat sehari 500ml je tapi itulaa org tua mana la nak ikut dah tu cuaca panas asyik dahaga je dia.

Jadi selalu la kena bebel ngan doktor
Quote hareeeesah 1-3-2023 10:14 AM
Ada bapak kwn iols dia bercatu dgn cara mkn icecube so kira la berapa cube je bole telan sehari..
Quote Burong_Hantuk 1-3-2023 10:35 AM
moga dipermudahkan urusan
Quote Burong_Hantuk 1-3-2023 10:35 AM
salute aku pada sikap ebby nih

  1. Ebby bersyukur dengan rezeki yang ada dan menyifatkan tiada lagi keperluan baginya untuk meminta bantuan orang ramai.


  2. Kata Ebby, dia masih mempunyai wang untuk menyara kehidupan harian dengan bekerja, sebaliknya memohon agar diberi lebih banyak peluang dalam pekerjaan.
Copy the Code
Quote cikatilia 1-3-2023 01:49 PM
seksa weh... time tu baru ko sadar ko perlu air
nak makan pk byk kali sbb selalu makan certain benda akan buat dahaga.. nak makan sup2 pon limit.. moga diberi kesembuhan utk ebby yus
Quote dudaberhias 1-3-2023 01:51 PM
Semoga cepat lah sembuh dan kondisi kesihatan bertambah baik. Mesti makan tak jaga langsung sebelum ni, sebab makin melarat sakit heols ni sejak sakit jantung haritu.

Harap2 eina azman tabah yach.
Quote talapia 1-3-2023 01:58 PM
kenapa tak buat dialisis lagi ye? Ke dia yg taknak?
Biasanya doktor akan advice untuk buat dialisis kalau dah tahap sesak nafas water retention. Pesakit buah pinggang memang akan libatkan jantung jugak nanti..
Cumanya bila dialisis ni.. kena routine la setiap 2 hari kena dialisis.. tapi bole la cergas sikit.. daripada dok mengah ke hulu ke hilir sentiasa..

mungkin ada stage2 yg doktor akan hold dulu.. percentage function kidney dia maybe masih bole pakai.. adik aku buat dialisis... sekarang kualiti hidup tu lebih baikla daripada menanggung sesak nafas.. catu air.. silap makan.. masuk emergency..
lepas dialisis dia okla.. bole buat keje rumah.. dah tak mengah2..
Quote nazurah 1-3-2023 01:58 PM
arwah my mom sama mcm ebby yus ni... kidney failure, badan kembang. masuk emergency doc flush out air dalam badan... 8 jam tunggu.

tak sampai 6 bulan pun lepas tu...

Quote pembacagosip 1-3-2023 02:21 PM
moga cepat sembuh
baik2 semuanya
Quote cupu 1-3-2023 03:03 PM
Klu dh tahap ni aku nk ckp tunggu masa je..aku pya bro in law pun mcm ni la..ingat senang ke nk control 500ml air tu.
Quote afie_m 1-3-2023 04:06 PM
Semoga sentiasa dipermudahkan..Amin
Quote RoseLuna 1-3-2023 04:12 PM
Respect kat beliau. Dah berumur, dah masuk icu, sakit kronik mcm ni pun masih takde sibuk2 nak minta bantuan. Malah minta lebih byk peluang pekerjaan lagi utk beliau menyara sisa sisa hidup. Semoga dipermudahkan semuanya utk beliau. Artis mcm ni iols tak kisah nak doakan yg baik2
Quote Supersirap 1-3-2023 05:06 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Wayree 1-3-2023 05:37 PM
Smoga ebby yus dimurahkn rezeki.. Bagos sikap heolz walau sakit masih nk kerja n cari rezeki selagi boleh tk mau mnta bntuan
Quote dolladolla 1-3-2023 10:58 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan, diperluaskan pintu2 rezeki dan dikurniakan kesihatan yg baik..
Quote tagas 1-3-2023 11:46 PM
Arwah abah ku dulu kalo haus kemam ais
Quote silampumeja 2-3-2023 12:59 AM
Bussiness dia yg restoran chinese muslim dulu2 tu dah takde ye sekarang. Berakhir dgn dia sakit dulu tu ye .. yg jep dtg hulur bantuan tu ye..
Quote laradelara 2-3-2023 02:41 AM
Siannya.. Seksa sgt kalo takleh minum bnyk ni. Moga Allah berikan kesembuhan & permudahkan urusan
Quote cap_ayam 2-3-2023 07:16 AM
Semoga Allah mudahkan urusan Ebby Yus.. terus kuat dan boleh bekerja ..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.057214 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top