CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yazmin Aziz Tak Sabar Nak Puasa Dan Raya Dengan Kekasih Bukan Islam

1-3-2023 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1794| Komen: 14

Yazmin Aziz teruja tahun ini dia bakal menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama kekasihnya iaitu Austin Veloso.

Yazmin, 22, berkata dia sudah merancang untuk membelikan baju raya buat Austin dan sekali gus cuba untuk mengajar atlet bola keranjang Hong Kong itu berpuasa.


Kata Yazmin, Austin menunjukkan minat untuk mendalami budaya dan agama Islam kerana sering bertanyakan tentang soal itu.


Foto: IG

"Walaupun Austin bukan beragama Islam, tetapi dia sangat menghormati agama lain. Dia sebenarnya teruja untuk menyambut kedatangan Ramadan dan saya akan cuba untuk melatihnya berpuasa.

"Sebelum ini saya ada menunjukkan video-video saya membuat content di bulan puasa dengan memakai telekung, dia seorang yang penuh dengan rasa ingin tahu.

"Saya mahu perkenalkan budaya kita kepada dia. Tahun ini, saya juga akan membelikannya baju raya dan kami akan memakai warna sedondon," katanya kepada mStar.




Dalam pada itu, Yazmin juga berkongsi sikap peribadi Austin yang membuatkan dirinya jatuh cinta dengan lelaki berasal dari Kanada itu.

Menurut Yazmin, dia tertarik dengan kesungguhan Austin yang menunjukkan bahawa dia betul-betul ikhlas ingin berkawan.



"Apa yang saya sangat suka kepada Austin adalah kerana dia boleh menerima saya seadanya. Malah, sebelum saya berkawan dengannya lagi, saya sudah menerangkan kepadanya bahawa saya seorang Muslim.

"Saya tak tahu kenapa tetapi kali ini saya dapat merasakan perasaan yang lain apabila bersama dengan Austin," ujarnya.

Sementara itu, bekas peserta Big Stage 2022 ini juga menegaskan dia tidak mahu membuang masa untuk bercinta dengan lelaki yang tidak tepat.



"Saya rasa ini hubungan yang akan berkekalan kerana saya sendiri memberitahunya, saya berpacaran dengan lelaki adalah untuk berkahwin. Saya tidak mahu bazirkan masa.

"Jika memang dia orangnya, insyaAllah sudah semestinya itu adalah goal saya untuk menamatkan hubungan ini," katanya.



Sebelum ini, Yazmin pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak Nixon Guylherme pada Julai 2021, namun berpisah tiga bulan kemudian.



Kata Yazmin, perbezaan budaya antara faktor yang membuatkan mereka memilih untuk berpisah. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosannazmia 1-3-2023 09:46 AM
Okkkkkkkkkk
Quote lasagna 1-3-2023 09:58 AM
walau camne pun kaka tetap nk kata muka sheol nmpk tua dgn umur 22 taon. haa seriyes ar 22 taon?
Quote LembingDayanti 1-3-2023 09:59 AM
lelaki ni kau jangan kasi dia sengeh. gigi depan dia kedalam. hahahahahha
Quote teen_angelJB 1-3-2023 10:01 AM
Mempelajari ea...
Dah ko pun pkai x serupa Muslim..nk pakwe tu mempelajari..
Sesuatuuuiu sgt statement tu

Quote slyfynx 1-3-2023 10:01 AM
Puasa ke pun
Quote Burong_Hantuk 1-3-2023 10:40 AM
Quote Suchi 1-3-2023 10:53 AM
Laku keraihh dia nihh
Quote Bambam12 1-3-2023 10:59 AM
tidak lah begitu fofular dan dikenali minah ni, tapi kenapa byk cerita pasal dia dlm porum ni.. yihhhhhhhh
Quote dudaberhias 1-3-2023 11:23 AM
gitu lah orang kita... duk menyundal kulu kilir pun tapi bab puasa dan raya tak lupa gitteww!!!

sasha 30k tu pun kaka syak heshe walaupn menyundal tiap2 malam tapi heshe tak lupa masuk simpanan dalam ASB dan tabung haji... konsepnya muda2 menyundal lah... tetua nanti kita pergi haji... siap ambil pakej vip 200k bersama jahlop.
Quote capwayang 1-3-2023 12:41 PM
..dah kenapa nak bercinta dengan lelaki bukan beragama Islam..
Quote cattiecute 1-3-2023 03:06 PM
ko pun islam selam
pastu nak ajar pakwe ko "budaya" ko lagi
statement semua acah2 bbnu baru naik bulu
takut bercinta orang tak tepat la apa la
padahal baru putus tak sampai sebulan ada pengganti.
puii la ko bespren
Quote rosedemon 2-3-2023 08:46 AM
ajet hot pmpuan jahil btol
Quote nanasno 2-3-2023 10:11 AM
duduk bilik sorang ke tu ? #donepitenah
Quote chilly 2-3-2023 10:24 AM
Mana syatu boipren mana syatu gelpren ni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.070466 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top