CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datuk Hilang Ditemui Semula Selepas 10 Tahun Diisytihar Mati, Tak Tahulah Keluarga Bakar Mayat Siapa Sebenarnya

1-3-2023 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 895| Komen: 2

Seorang datuk yang dianggap telah meninggal dunia hampir 10 tahun lalu kini ditemukan dalam keadaan hidup dan sihat serta bersatu semula dengan keluarganya.

Kisah pelik Zhuo Kangluo bermula apabila dia hilang dari rumah jagaan di China pada 2014.


Ketika itu, keluarga dan orang ramai tersilap mengenal pasti bahawa dia sebagai mayat yang ditemukan di jalan raya sejurus kehilangannya.


Foto: Daily Star

Jasad itu yang kini diketahui bukan milik Zhuo, dibakar kerana menurut anak saudara, Zhuo memaklumkan diri tidak mahu dibedah siasat.

Bagaimanapun baru-baru ini pihak berkuasa di China menyusuli laporan seorang lelaki bertindak pelik dengan memfailkan laporan orang hilang.

Lelaki itu kemudian dikenal pasti sebagai Zhuo selepas cucunya mengenalinya pada poster orang hilang.

Menurut laporan China News Network, warga emas itu enggan menjawab sebarang soalan daripada penyiasat sebelum ujian DNA menunjukkan padanan yang jelas dengan ahli keluarganya.


Ia sekali gus mengejutkan keluarganya yang selama ini mempercayai dirinya sudah meninggal dunia selama bertahun-tahun..

Zhuo dilaporkan menangis sebak berikutan ujian DNA dan pertemuan semula keluarga yang penuh emosi.

Susulan itu, pihak berkuasa kini cuba mengenal pasti identiti jasad yang dibakar hampir 10 tahun lalu. - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alongweeda 1-3-2023 05:23 PM
entah sapa yg slh ku xtau...mayat spe pl yg kn bkr tu
Quote rosedemon 2-3-2023 08:35 AM
dah 10 tahu anggp jela trus dia mati bolhe gitu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.039275 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top