Iqbal Zulkefli yang berkongsi pengalamannya berada di sebuah pasar malam di Bangkok mendakwa langsung tidak terpengaruh melihat kawasan itu dibanjiri pelacur dan orang ramai yang menari dalam keadaan telanjang.
Walaupun terkejut dengan keadaan itu, Iqbal menerusi beberapa hantaran di Instastories mengakui dia tidak pernah melakukan perkara tidak elok seperti menghisap rokok atau minum minuman keras. Jejak berdarah campuran Thailand itu menjelaskan walaupun dia dididik dengan mempelajari budaya negara luar, namun tidak sehingga terpengaruh. “Saya berada di Bangkok sekarang ini dan singgah di satu pasar malam. Malam ini malam minggu, jadi ramai yang buat tarian bogel, banyak pelacur di tepi jalan dan orang minum arak. “Ada juga yang saya lihat, lelaki dengan lelaki, yang perempuan dengan perempuan, perkara itu normal untuk keadaan di sini sebenarnya.
“Saya macam terkejut juga, betul ke tempat saya datang ini. Tetapi walaupun saya datang negara sebegini, saya langsung tak pernah buat perkara yang tak elok seperti hisap rokok atau minum arak dan sebagainya. “Thailand adalah antara negara yang paling ramai orang menjadikan pelacuran sebagai kerjaya. Mereka semua sebenarnya sangat cantik. “Dan kalau yang tak tahu saya ada darah Thailand, saudara mara saya ramai di Thailand. Tetapi bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. “Saya di ajar untuk sentiasa mengenali budaya negara orang luar. Tetapi hanya belajar tidak sampai terpengaruh,” ujarnya dipetik Gempak. - CARI
|
dudaberhias replied at 28-2-2023 08:10 PM
darah thailand? ko maksudkan keturunan thai ke dikkk... thailand tu negara bukannya bangsa... family ...
Kurex replied at 28-2-2023 09:01 PM
Memang la kau tak kisah, kau kau stim tengok laki je. Kau pun geli tengok kelopak bunga fefet kekdah ...
sarah_ary2 replied at 1-3-2023 08:41 AM
Nape ai mcm ada soft spot sikit kat iqbal ni sebab cara dia bercakap agak sopan santun seb ...
ADVERTISEMENT