CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erra Fazira Bukan Jenis Orang Spontan, "Saya Introvert , Jadi DJ Radio Kena Banyak Cakap"

28-2-2023 07:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1625| Komen: 7

Memulakan tugas sebagai penyampai radio sementara di slot Duo Sinar sejak 7 Februari lalu, pelakon dan penyanyi Erra Fazira memberitahu kerjaya tersebut memberi satu kepuasan baharu buatnya.

Erra atau nama sebenar, Fazira Wan Chek, 49, mengakui kerjaya itu sangat mencabar namun dia mula seronok dan jatuh cinta dengan tanggung jawab baharu itu.

Foto: IG

"Menjadi penyampai radio ini makin lama makin seronok. Saya rasa saya mula jatuh cinta dengan dunia penyampai radio ini. Saya rasa ini satu kepuasan selepas mencuba menjadi pelakon, penyanyi dan pengacara.

"Ini sebenarnya kali kedua, sebelum ini saya buat pagi. Tapi segmen pagi dulu saya sampai demam. Bila dapat petang baru seronok sikit," katanya kepada mStar.



Kata Erra, tugas sebagai penyampai radio membantunya untuk petah berkata-kata walaupun dirinya seorang yang pendiam dan pemalu.

"Saya seorang yang 'introvert' dan tidak banyak bercakap. Tugas sebagai penyampai radio memerlukan saya petah bercakap dan kongsi idea secara spontan.

"Saya juga tak selesa menjadi pendiam dan pemalu sekali gus ia mencabar saya sebagai penyampai radio untuk menjadi lebih berani," katanya lagi.



Tambah Erra, dia selalu cemas ketika tiba masa untuk bersiaran malah sering bersedia awal memandangkan dirinya bukan seorang yang spontan.

"Cemas! Saya selalu minta topik awal kerana saya bukan orang yang spontan. Saya suka rancang dahulu tapi menjadi seorang penyampai radio semuanya kena spontan.

"Terutama apabila bergandingan dengan mereka yang lebih berpengalaman seperti Faliq Hikyle dan Hefny Sahad semua jenis spontan," ujarnya.



Tambah Erra, dia turut meminta tip pada penyampai radio berpengalaman seperti Linda Onn dan juga Halim Othman untuk tampil lebih yakin.

Dalam pada itu, Erra memberitahu bahawa dia belum bersedia untuk menjadi penyampai radio sepenuh masa memandangkan masih terikat dengan komitmen lain.



"Pihak Sinar FM ada menawarkan saya kontrak selama setahun tapi saya tak berani kerana itu melibatkan kerja hari-hari saya takut kerja lain tergendala. Tapi kalau untuk enam minggu saya okay," kongsinya

Sebelum ini, Erra pernah menimba pengalaman mengendalikan segmen pagi di Sinar FM bersama Angah, Jepp dan Rahim selama sebulan pada April tahun lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 28-2-2023 08:51 PM
Tk best langsung.heran sinar suka nau jemput dia
Quote Kancilkering 1-3-2023 06:11 AM
sinar tu x best lah….semua dj dia macam emmmmm

suria best tapi morning n petang je….
Quote Cpkay 1-3-2023 08:43 AM
aku tak paham kenapa artis A Class macam erra ni sanggup jadi dj.. dah terdesak nak duit sangat ke ?
Quote rosedemon 1-3-2023 08:45 AM
amenda la ajak sendu ni jd dj
Quote Burong_Hantuk 1-3-2023 10:39 AM
introvert laaa sgt.....
Quote talapia 1-3-2023 11:14 AM
Adala aku dengar sekali.. mcm x syiok.. dia mcm... lambat.. haha.. aku suka hefny.. cakap smooth je lancar macam air.. kita dengar pon rilex..
Quote umbut 1-3-2023 12:29 PM
Pelik aku retis or influencer ngaku introvert

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.103147 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top