CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Bank Kantoi Buat Kad Kredit Guna Identiti Pelanggan

28-2-2023 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3041| Komen: 38

Seorang pegawai pemasaran sebuah bank di sini, diberkas selepas dipercayai menggunakan kad kredit atas nama pelanggan hingga mengakibatkan kerugian bernilai lebih RM500,000.

Polis menahan pegawai pemasaran sebuah bank di Taiping selepas dipercayai menggunakan kad kredit atas nama pelanggan hingga mengakibatkan kerugian bernilai lebih RM500,000.



Suspek (baju putih) dibawa bagi permohonan reman di Mahkamah Taiping, Perak hari ini.

Lelaki berusia 31 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping yang diketuai Inspektor T. Selvakumar di rumahnya di Kuala Lumpur semalam.

Tangkapan dibuat susulan laporan diterima daripada pengurus bank berkenaan pada 17 Januari lalu yang mendakwa mengalami kerugian hampir RM570,000 disebabkan kegiatan suspek.

Kegiatan suspek terbongkar selepas pihak bank menerima aduan daripada orang awam yang mendakwa tidak membuat permohonan kad kredit, namun mendapat notis perlu membuat pembayaran.


Hasil semakan membawa kepada pendedahan salah seorang pegawai pemasaran bank berkenaan melakukan permohonan kad kredit dengan menggunakan identiti orang lain sejak 2020.

Suspek membuka kiosk permohonan kad kredit di pasar raya tertentu sebelum mengubah maklumat alamat pemohon sebagai modus operandi kegiatannya itu.



Setakat ini, sebanyak 18 kad kredit milik pelanggan diluluskan bank berkenaan dihantar ke alamat suspek dan dipercayai digunakan dengan cara membuat pengeluaran tunai hingga mengakibatkan bank mengalami kerugian hampir RM570,000.

Susulan itu, Majistret Atiqah Sabari mengeluarkan perintah reman terhadap suspek selama empat hari di Mahkamah Taiping hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 28-2-2023 06:23 PM
Salah guna ilmu dan kerjaya....brp lama je ko boleh buat jahat....last2 ke jail jugak, musnah masa depan....kaya?..x kaya pun....
Quote shernazz 28-2-2023 07:16 PM
Terdesak nak sales.tinggi kots
Iols hari TU ada lengchai2 minta register kad kredit stanchart..
Idak.le.iols nka...siap merayu2.lagi sebab depa nak update sistem konon nya..bg ada banyak yang register.
Quote rogayahtop 28-2-2023 08:45 PM
semoga mangsa saman bank. Akak mmg tak paham sistem banking malaysia ni senang sangat customer kena scam dari scammer ke staff bank.
mcm MEPS tu sapa yg ada akses sampai kalau pg ni update nombor telepon dkt ATM esok dah dapat call kat nombor baru tu dari segala telemarketers.

takda audit log ke ? kronik data leak dekat malaysia  i sampai semua org yg akak tanya mmg kalau beli sim kad prepaid register baru pun telemarketer/ scammer ni boleh call ada data kita.
Quote sharlenetexas 28-2-2023 08:51 PM
Bank apa ni?

Quote Firenzza 28-2-2023 08:52 PM
shernazz replied at 28-2-2023 07:16 PM
Terdesak nak sales.tinggi kots
Iols hari TU ada lengchai2 minta register kad kredit stanchart..
Idak ...

Oooo.....stdchrt ni iols prnh kena tipu, dia ckp isi form je  dpt beg traveller, mula2 ckp sekejap penyudah 1/2jam x setel habis dia print epf iols pastu bila dh setel iols tnya mana beg? Dgn selamba dia ckp beg kena tggu klau card approved....sambil jerit2 cari mangsa baru.......hawauuuu buang masa jee layan salesman ni
Quote sharlenetexas 28-2-2023 08:52 PM
rogayahtop replied at 28-2-2023 08:45 PM
semoga mangsa saman bank. Akak mmg tak paham sistem banking malaysia ni senang sangat customer kena  ...

Samalah iols update details kat mebeng sepuluh tahun lepas. Masa tu isi borang. Lepas tu berduyun2 yg call jual insurans. Menyampah sangat.

Quote she 28-2-2023 08:52 PM
Deme2 ni lah spesis yang jual data pemegang akaun bank kot
Quote cmf_premierleag 28-2-2023 08:53 PM
Hoi spill la nama penuh pegawai bank ni
Biar majikan lain alert nama dia dan bleh la blacklist nama dia terus kalo dia nk apply job nanti
Quote sharlenetexas 28-2-2023 08:54 PM
Edited by sharlenetexas at 28-2-2023 08:55 PM

Bukan citibank. Citibank xde kat taiping.


Quote cmf_premierleag 28-2-2023 08:54 PM
shernazz replied at 28-2-2023 07:16 PM
Terdesak nak sales.tinggi kots
Iols hari TU ada lengchai2 minta register kad kredit stanchart..
Idak ...

Kalo ada salesman approach utk kad kredit, aku ckp je aku student atau surirumah
Quote midori888 28-2-2023 09:37 PM
Bank mana nie?
Quote KamikuP 1-3-2023 10:03 AM
rogayahtop: semoga mangsa saman bank. Akak mmg tak paham sistem banking malaysia ni senang sangat customer kena scam dari scammer ke staff bank.mcm MEPS tu sapa y ...

Hi Acik gayah,
Meolls install truecaller, bila ada je telemarketer yg jual insuran ke promot asterok ke meolls akan block nombor tu dan tukar nama caller ke 'Scammer Myanmar'.. hahahaha puas hati meolls

Anyway, apa nama bank kat tepen ni cuolls?Lately ni Perak byk beno citer hot hot khuenzz.. ekekek


Quote venom1 1-3-2023 10:13 AM
jenayah Kolar Putih. Setidaknya 1/2 juta dia dah sapu haha
Quote shernazz 1-3-2023 11:52 AM
Firenzza replied at 28-2-2023 08:52 PM
Oooo.....stdchrt ni iols prnh kena tipu, dia ckp isi form je  dpt beg traveller, mula2 ckp sekejap ...

Kan.
Iols.mmg.tak.bagi la sebab nanti Kang dia guna identiti iols utk kepuasanmdia swipe swipe Kang..
Mati iols
Ccris ctos iols.maseh cantik.lagi.tau..
Quote ifanonline 1-3-2023 11:54 AM
rakyat scam bank kena tangkap, tapi bank scam rakyat tak kena tangkap
Quote shernazz 1-3-2023 11:55 AM
cmf_premierleag replied at 28-2-2023 08:54 PM
Kalo ada salesman approach utk kad kredit, aku ckp je aku student atau surirumah

Biasa mmg gitu le kan...sure dia tak approach
Masa TU laki iols la...lengchai TU approach dia..terus dia kata pergi kat wife saya..
Harey sungguh..hahaha...
Sebab dia Tau iols mmg tak berminat dgn cc bagai neh...
Mmg kena bolayan.le

Uols kecik molek ke ni boleh menyamar student...hihi.
Quote ifanonline 1-3-2023 11:56 AM
bank-bank di malaysia mempunyi staff ibarat duri dlm daging...turn over tinggi dan mungkin ramai staf tak puas hati dgn majikan...
Quote cmf_premierleag 1-3-2023 12:10 PM
shernazz replied at 1-3-2023 11:55 AM
Biasa mmg gitu le kan...sure dia tak approach
Masa TU laki iols la...lengchai TU approach dia..te ...

Tgk la hari tu i pakai bag apa
Kalo pakai backpack, ngaku student (padahal carry laptop opis)
Kalo carry handbag je, ngaku je surirumah
So tgk situasi la gak la
Quote supernaturalee 1-3-2023 12:13 PM
sharlenetexas replied at 28-2-2023 08:54 PM
Bukan citibank. Citibank xde kat taiping.

tok misaibank laa tu

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.082731 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top