PETALING JAYA- Riuh di laman sosial mengenai pantai Port Dickson yang kini dikatakan ‘suram’ susulan kurangnya pengunjung ke kawasan berkenaan. Suasana di Pantai Telok Kemang suram disebabkan pengunjung tidak ramai walaupun musim cuti persekolahan sudah bermula minggu lalu.
Kawasan parkir kosong dan sekitar pantai lengang berbanding kebiasaan pada cuti sekolah. Rata-rata pengguna di Facebook mengatakan banyak lagi tempat menarik selain Pantai Port Dickson yang mana makanannya lebih murah dan sedap. Seterusnya, ada juga pihak yang berpendapat kos sara hidup yang semakin meningkat turut memberi impak kepada masyarakat untuk kurangkan berhibur dan bercuti. “Saya menetap di Port Dickson. Bagi saya, baik pergi ke Pantai Klebang atau Pantai Puteri Melaka. Makanan sedap dan murah selain peniaga yang pembersih dan layanan baik,” komen Dzukri Abu Samah.
“Persekolahan sesi baharu dan raya puasa berlaku hampir serentak. Dengan kos kehidupan yang tinggi ramai ibu bapa berfikir sejenak sebelum berbelanja,” jelas Mustapa Arshad. “Kos sara hidup semakin naik, nak sambut Ramadan, nak beli baju raya, baju sekolah. Jadi tak hairan banyak yang pilih hanya bermain lato-lato di rumah pada musim cuti kali ini,” ujar Al El Mie Zakaria. “Pada pendapat saya, dalam keadaan ekonomi global sekarang, tidak perlulah kita setiap masa nk berhibur. Kena kurangkan aktiviti diluar kerana banyak kos apabila berada diluar,” ujar Marziah Kamis. – CARI Sumber: Kosmo
|
damsel_fiji replied at 28-2-2023 05:56 PM
Sape jah nak pegi kalu pantai penuh bersusun dgn payung2 pprt ko tuh.. org dtg nak release stress tg ...
sharlenetexas replied at 28-2-2023 05:53 PM
Main lato2 kat rumah terkena tv flat screen, cermin kereta. Kena keluar duit juga. Takde aktiviti la ...
damsel_fiji replied at 28-2-2023 05:56 PM
Sape jah nak pegi kalu pantai penuh bersusun dgn payung2 pprt ko tuh.. org dtg nak release stress tg ...
damsel_fiji replied at 28-2-2023 09:56 AM
Sape jah nak pegi kalu pantai penuh bersusun dgn payung2 pprt ko tuh.. org dtg nak release stress tg ...
krustykrab replied at 28-2-2023 05:59 PM
Maksud tt, makayah kot yg main lato lato
orkid_amani replied at 28-2-2023 06:02 PM
geng2 campers ramai yg dah boycott utk camping sini..dah banyak kali report kat pbt angkut khemah ...
ADVERTISEMENT