CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Maut Selamatkan Anak Hampir Lemas Mandi Di Sungai

28-2-2023 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2300| Komen: 26

KEMAMAN – Seorang buruh sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan anak lelakinya yang hampir lemas di Lubuk Tapeng, Sungai Kemaman berhampiran Kampung Air Putih di sini kelmarin.

Mayat Mohd. Mirwan Mohd. Remli, 40, ditemui pada pukul 10.23 pagi semalam kira-kira 16 jam selepas hilang dibawa arus deras sungai berkenaan.


Menurut isteri mangsa, Haryati Sulaiman, 36, berkata, luluh hatinya melihat kesungguhan suaminya yang mahu menyelamatkan anak mereka, Muhammad Zafran Aidil, 12, yang hampir lemas di lubuk tersebut pada pukul 1.45 tengah hari kelmarin.


Foto: Kosmo

“Kami sepatutnya pulang ke rumah di Kampung Batu 9, Ibok di sini selepas suaminya selesai memancing, tetapi dia tidak sampai hati melihat anak-anak masih belum puas mandi sungai.

“Tidak semena-mena anak kami (Muhammad Zafran Aidil) dihanyutkan arus hingga ke tengah sungai. Suami bingkas terjun untuk menyelamatkan Muhammad Zafran,” katanya kepada Kosmo.


Cerita Haryati, pada mulanya, suaminya dapat memaut badan Muhammad Zafran Aidil dan membawa anak mereka ke tebing sebelum dia pula dilihat kepenatan.

“Saya nampak suami tercungap-cungap sebelum tenggelam dalam sungai. Anak kami pula sempat berpaut pada dahan sebatang pokok yang terdapat di tebing sungai tersebut.

“Saya segera berlari meminta pertolongan daripada penduduk kampung sebelum pihak berkuasa sampai tidak lama kemudian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superinten­dan Hanyan Ramlan memberitahu, mayat Mohd. Mirwan yang merupakan buruh ditemui kira-kira 30 meter dari lokasi terakhir dia hilang.

Mayat lelaki itu timbul di permukaan air selepas pasukan mencari dan menyelamat melakukan teknik kocakan air dengan olakan bot.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote delsmomm 28-2-2023 09:21 AM
kasih seorg ayah...
Quote soursop_juice99 28-2-2023 09:46 AM
Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Btw, teknik kocakan air tu mcm mana ye
Quote Burong_Hantuk 28-2-2023 10:27 AM
al fatihah.....
Quote ainonymous 28-2-2023 10:57 AM
soursop_juice99 replied at 28-2-2023 09:46 AM
Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Btw, teknik kocakan air tu mcm mana ye

Ameen.

Teknik tu kan u, dia mcm pusing2 bot tu banyak kali di satu kawasan setempat..pastu nanti kocakan tu buatkan dasar sungai naik, tu yg boleh timbul mayat yg tenggelam. u google kat youtube ada, haritu i tgk kat FB mcm mana Bomba/Penyelamat buat.
Quote awanearisu 28-2-2023 11:00 AM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Kasih seorang bapa. Semoga bertemu di syurga.
Quote Adrif 28-2-2023 11:04 AM
riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ

Maksudnya : “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.” Riwayat al-Bukhari (2829) dan Muslim (1914)

Di dalam riwayat yang lain bahawa Baginda SAW bersabda :

مَن قُتِلَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في الطّاعُونِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في البَطْنِ فَهو شَهِيدٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang dibunuh di jalan Allah ialah orang yang syahid, sesiapa yang mati kerana taun juga ialah orang yang syahid dan sesiapa yang mati kerana penyakit perut juga ialah orang yang syahid.” Riwayat Muslim (1915)
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
Quote cap_ayam 28-2-2023 11:05 AM
Salam takziah. Kasih bapa.
Quote vanillaninja 28-2-2023 11:12 AM
Innalillah, salam takziah buat family ni. I harap si anak tak salahkan diri sendiri atas kematian bapa. Kesian sangat takut membesar sambil salahkan diri
Quote Thunderclouds 28-2-2023 11:17 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
Salam takziah
Quote soursop_juice99 28-2-2023 01:03 PM
ainonymous replied at 28-2-2023 10:57 AM
Ameen.

Teknik tu kan u, dia mcm pusing2 bot tu banyak kali di satu kawasan setempat..pastu nanti ...

I see.. thank you kaka. Jap lagi nak tengok dkt youtube. Nah munge
Quote senoritalolyta 28-2-2023 02:43 PM
Semoga keluarga tabah menghadapi ujian dari Allah.
Quote hareeeesah 28-2-2023 02:46 PM
vanillaninja: Innalillah, salam takziah buat ...


Semoga fam yg lain pun xde yg mulut hazab la dok berckp je.. bagi positive vibes ckp yg baik-baik jauh lg perjlnan hidup ank-anK ni.
Semoga dipermudahkn urusan mereka sekelurga..
Quote Reira77 28-2-2023 03:54 PM
Allahu sedihnya. Besar kasih sayang bapak
Quote mrsmommy 28-2-2023 04:20 PM
innalillahiwainnailaihirojioun
Quote noor2 28-2-2023 04:31 PM
First sekali aku x faham knp benarkan anak2 mandi di sungai yg bahaya mcm ni....

Apa pun innalillah.....
Quote rosmahisham 28-2-2023 05:44 PM
Sedih nya baca hilang ketua keluarga
Quote Tinot7 28-2-2023 05:47 PM
Takziah kpd keluarga. Moga tabah
Quote Decaffeinated 28-2-2023 05:51 PM
Tindakan reflex seorang bapa. It's not like dia sempat berfikir nak assess the risk.

The boy could have a full life ahead to look forward to tapi abang ni pun tentu belum puas hidup plus mouths to feed.
Quote sailormars 28-2-2023 06:03 PM

Allah...sedihnya...moga Allah bagi kekuatan untuk keluarga nie...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.081897 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top