CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Resah Kucing Selalu Hilang, Jiran Ahli Sihir Buat Ritual Aneh

28-2-2023 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1408| Komen: 7

Seorang wanita ditahan polis selepas penduduk setempat menuduhnya sebagai ahli sihir yang menyasarkan kucing sebagai korban.

Yaowaluck Boonchum, dari Songkhla, Thailand, ditahan selepas pemilik seekor kucing Parsi mendakwa dia adalah dalang di sebalik kematian haiwan peliharaannya.


Pemilik kucing bernama Garfield membuat aduan kepada Watchdog Thailand Foundation (WDF) pada 19 Februari lalu dan mendakwa Yaowaluck menculik kucingnya dan menjadikan haiwan itu sebagai korban.


Bangkai kucing, Foto: Thaiger

Dia turut memberitahu WDF bahawa jiran-jiran lain di kawasan itu percaya bahawa Yaowaluck adalah ahli sihir kerana pernah ternampak wanita tersebut melakukan tarian ritual yang aneh di rumahnya.

Kucing-kucing liar di kawasan kejiranan itu juga hilang dan mereka percaya Yaowaluck adalah dalangnya.

Beberapa penduduk mendakwa mereka juga pernah menyaksikan Yaowaluck mengikat kucing dan memukul haiwan itu sehingga mati.


Pemilik Garfield turut berkata, sebaik menyedari kucingnya hilang, dia melakukan pencarian dan menemui beg sampah hitam di depan rumah Yaowaluck.

Sebaik membuka plastik tersebut, ternyata bangkai Garfield berada di dalamnya.

Dia berkata penduduk tempatan di kawasan itu tidak berani bersuara kerana takut kepada Yaowaluck.

Yaowaluck kini ditahan di Balai Polis Muang Ngam untuk sisatan lanjut. -CARI

Sumber: mStar/ Thaiger

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 28-2-2023 10:33 AM
ingatkan kat yindon
Quote sara_thrash 28-2-2023 10:41 AM
yang kat sini cari kitten untuk bagi makan kat ular belaan dia. giler betul...
Quote senoritalolyta 28-2-2023 02:44 PM
ingat kat vietnam je macam ni. kat malaysia pun eh
Quote Purplehaz 28-2-2023 04:16 PM
Ada jer org mcm ni, bila kucing2 masuk kaw rumah dia, takkan keluar lg dah, rupanya dia jerat pakai mknn kucing+racun, then bakar kucing tu. Jenuh jiran jiran mencari. Kejam
Quote habisnamadahni 28-2-2023 09:28 PM
Purplehaz: Ada jer org mcm ni, bila kucin ...
kejammmnyaaaa[em:6:]
Quote kakikuDibibirmu 1-3-2023 12:58 AM
Amenda ni?

54-3000-0 (1).jpg
Quote rosedemon 1-3-2023 08:25 AM
kesah aku xmnt kucing

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041328 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top