CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji Dah Masuk, Terengganu Kembali Bernyawa Dengan Kunjungan Pelancong

28-2-2023 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1883| Komen: 22

KUALA TERENGGANU – Kesuraman industri pelancongan Terengganu pada awal musim cuti persekolahan semakin pulih.

Pengunjung mula kembali mengunjungi destinasi menarik di negeri ini pada hujung minggu lalu.


Tinjauan di Pasar Besar Kedai Payang, di sini yang merupakan lokasi tumpuan pelancong agak lengang sebelum ini kembali padat dengan pelancong sejak Sabtu lalu.


Foto: kosmo

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kuala Terengganu, Zakaria Yusoff berkata, senario terbaharu ber­kenaan amat melegakan peniaga-peniaga Pasar Besar Kedai Pa­yang.

Beliau berkata, mereka pada mulanya agak gelisah apabila pusat sehenti produk makanan dan kraftangan Terengganu tersebut sunyi pada awal musim cuti persekolahan bermula 17 Februari lalu.

“Kegiatan perniagaan Pasar Besar Kedai Payang sebenar­nya sudah mula merosot sejak awal Februari lagi. Alhamdulillah pelancong dari luar Terengganu kembali datang sejak Sabtu lalu.


“Boleh dikatakan kehadiran pengunjung kembali kepada kira-kira 60 peratus daripada kapasiti biasa pernah kami terima pada setiap cuti persekolahan,” kata­nya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Zakaria berkata, antara produk yang laris dicari pengunjung ialah keropok lekor, kain pasang, batik dan barangan kemas.

Beliau percaya ramai mula bercuti sempena musim cuti persekolahan ini setelah me­nerima gaji masing-masing pada hujung minggu lalu.

“Terima kasih juga terhadap penganjuran banyak program dan karnival pelancongan di sekitar negeri ini pada hujung minggu lalu.

“Ia menggalakkan ramai me­ngunjungi Terengganu untuk menyertai karnival tersebut sekali gus meningkatkan ekonomi setempat termasuk di Pasar Besar Kedai Payang ini,” katanya.

Sebelum ini kadar kedatangan pelancong ke Terengganu pada musim cuti persekolahan ini dianggarkan merosot sekurang-kurangnya 30 peratus.

Ramai percaya ia disebabkan ramai berjimat cermat memandangkan penggal persekolahan baharu dan Ramadan bakal tiba hampir serentak pada hujung bulan depan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 28-2-2023 08:48 AM
Anak nak sekolah nak raya bagai org pun jimat2 gak belanja

Iols mmg tak minat nak coti2 time cuti penggal akhir tahun ni.
Ni la masa penting utk persediaan naik sekolah, bebudak ni pun bg seminggu je hohah minggu ni start tuisyen dah lelagi hat nak naik darjah 1.
Quote Thunderclouds 28-2-2023 11:26 AM
X bejalan ke mana waima blk kg sekalipn.
Duit² pakai byr yuran asrama,reg+buku² utk sek agm, tuitions utk yg sek keb & men, tu lom kluaq list buku² sekolah nk kna beli lg tu,beli baju raya sbb dh 2thn xbeli baru awal sikit sbb malas nk bjalan dh posa² nnt.
Eh byk ah ringgit kluaq..
Yg ber hu hu ni mesti org² yg sama dok hingaq nk korek epf lg tu khuenss..
Quote lurve82 28-2-2023 11:28 AM
Apo…ganu mahal serba serbi..org minyk pun dh xbrape nk ada2 mcm dulu
Quote acikhan 28-2-2023 02:18 PM
duit gaji da masuk, ape lg settle la buku2 sekolah ank2 td utk 2 org baju skolah, kasut, beg semua da settle awal tahun aritu... pastu duk umah dendiam cm biasa sampai bukak sekolah...kene jimat byk oooii
Quote Burong_Hantuk 28-2-2023 02:23 PM
ini ler antara sikap orang Me****
Quote senoritalolyta 28-2-2023 02:44 PM
In Shaa Allah ade rezeki
Quote prizadane 28-2-2023 02:51 PM
Ganu mahal boh. Makan mahal betul. Cantik memang cantik la lautnya, tapi hurmmm….

Iols cuti kali ni pun tak gi bercuti. Nak bayar macam macam untuk buka sekolah next month. Baju sekolah dah beli awal-awal last month. Ni dengan nak rayanya. So iols cakap siap-siap kat anak-anak, kita duduk rumah je cuti ni
Quote Cyempaka 28-2-2023 03:11 PM
2minggu lepas p terengganu. Maaf cakap la, pasar payang mcm menyedihkan. Barang2 sama je mcm 5 thn dulu. Design kain pun mcm dulu2.. Tapi mahal Masyaallahhh..
Pukul 5 pakat tutup kedai. Aku baru ronda seround..
Quote kotakominami 28-2-2023 03:26 PM
G makan haiwan celup tepung..bapak mahal..third and last aku pegi...baik g bangkok..
Quote kalchi 28-2-2023 03:29 PM
Cyempaka replied at 28-2-2023 03:11 PM
2minggu lepas p terengganu. Maaf cakap la, pasar payang mcm menyedihkan. Barang2 sama je mcm 5 thn d ...

Payang mmg mahal uols. Pasar tu pon org luar je beli.
Quote kalchi 28-2-2023 03:30 PM
Suchi replied at 28-2-2023 08:48 AM
Anak nak sekolah nak raya bagai org pun jimat2 gak belanja

Iols mmg tak minat nak coti2 time cuti p ...

Btul tu lgpon bersesak2 kan.
Quote hareeeesah 28-2-2023 05:02 PM
kalau dia tau orang luar tgk mcm xbiasa mmg confirm kena main harga.. xpenah lg sampai pasar payang baru, ada ank kecik malas pegi tempat sesak
Quote asmurai 28-2-2023 05:16 PM
mahal la pasar payang, baik beli kat online/shopee
Quote aechae 28-2-2023 05:34 PM
prizadane replied at 28-2-2023 02:51 PM
Ganu mahal boh. Makan mahal betul. Cantik memang cantik la lautnya, tapi hurmmm….

Iols cuti kali n ...

Ios xtau kt mana yg kata mahal ni mgkin sbb pelancong pegi kedai makan2 kt tmpat yg glamer kot.

KLu mkan segala haiwan celup tepung tu mgkin lah mahal esp sotong. Kedai2 nasi lauk yg biasa ktorg beli makan murah lh drpda kt KL ni mgkin sbb beli area kampung kot.
Quote prizadane 28-2-2023 06:04 PM
aechae replied at 28-2-2023 05:34 PM
Ios xtau kt mana yg kata mahal ni mgkin sbb pelancong pegi kedai makan2 kt tmpat yg glamer kot.

...

Tak jugak chuols. Iols perasan belah KT, agak mahal. Iols memang tak pergi kedai yang viral pun sebab malas nak queue n bersesak. Iols gi singgah kedai makan biasa pun mahal. Tapi kalau iols keluar sikit dari KT, pergi belah Setiu, situ makan memang murah. Sempat singgah pasar malam kat KT, terkejut iols harga makanan mahal.

Iols kalau bercuti nak makan-makan, memang pergi belah kedah. Sana murah betul makan. Tapi nak pantai, memang ke Ganu lah pilihan. So pejam je mata walaupun makanan mahal
Quote aechae 28-2-2023 07:22 PM
prizadane replied at 28-2-2023 06:04 PM
Tak jugak chuols. Iols perasan belah KT, agak mahal. Iols memang tak pergi kedai yang viral pun se ...

Parents iols mmg hari2 beli kdai, ktorg balik pn mkn beli kedai jugak sbb bleh ikut citarasa nk mkn apa lauk apa..
Biasa ayah iols beli kt kedai kt Manir, kt Durian burung, klu ktorg blk slalu pegi kedai pak sepupu yg dkt dgn Mardi manir tu…byk lauk kg.
Even lauk lunch kt restoran kt TTI tu pn sedap n x lh mahal sgt rasanya. Yg confirm mahal sket klu g kedai binjai kt bandar tu
Quote Kitty_catz 28-2-2023 07:29 PM
apo soping2 nyah?  

kan zaman titwenti kena potong tax bagi ke biforti

maka kena la angpa ikat perut
Quote ultra78 28-2-2023 08:01 PM
Kan bagus jika semua negeri di semenanjung ni berjiran dengan KL. Ibu negeri pun letak dekat sempadan negeri. Nanti semua dapat merasa ulang-alik kerja di KL setiap hari. Secara tak langsung limpahan ekonomi akan masuk ke setiap negeri. Projek perumahan pula akan tumbuh sepanjang jalan ke KL. Tinggal Kelantan dan Terengganu tapi kerja di KL.
Quote rosedemon 1-3-2023 08:25 AM
skeliling aku ade je duitnya ni msyarakat belah mana xda duit ni

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.060256 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top