Emma Maembong mencuri perhatian selepas berkongsi beberapa foto terkininya di Instagram. Emma dilihat enggayakan baju dan tas tangan jenama mewah antarabangsa, Christian Dior sambil memakai gaun.
Apa yang menjadi perhatian adalah busana yang dipakainya itu jelas menunjukkan bentuk baby bumpnya yang semakin membesar. Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan selebriti seperti Mira Filzah, Nad Zainal, Mawar Rashid dan ramai lagi teruja melihat perubahan Emma sekaligus menyifatkan pelakon ini tetap cantik dalam apa jua persalinan yang dipakainya.
|
ADVERTISEMENT