CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zul Yahya Didakwa Ada Masalah Keluarga, Jalan Kaki Dari 4 Pagi Sampai Sekarang Tak Dapat Dihubungi

27-2-2023 05:55 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 13065| Komen: 79|Original author: Saiful

Zul Yahya, 50, sekarang ini dikatakan sedang berdepan masalah dan memerlukan bantuan.

Di Tiktok, rakaman  menunjukkan dia sedang berjalan kaki dan pemilik akaun terbabit meminta jika orang ramai terjumpa Zul supaya membantu pelakon itu.



"Abang Zul Yahya dalam masalah keluarga. Berjalan kaki dari pukul 4 pagi sampai skrg, 8.30 pagi. Kalau siapa-siapa jumpa dia tolong bantu dia. Sekarang ni masih ada dalam negeri Perak.#masalahkeluarga #fypviral," tulis @zackpulaumutiara8 yang turut disertakan tanda pagar #masalahkeluarga dan #fypviral.

Memetik Harian Metro, usaha untuk mendapatkan penjelasan Zul tidak berhasil apabila kiriman mesej di WhatsApp tidak dibalas.

Kali terakhir mesej dilihat pada jam 12.44 tengah malam tadi.




Beberapa panggilan telefon juga tidak dijawab namun, Zul kemudian membuat 'missed call' tetapi apabila dihubungi semula, ia tidak dijawab selain masuk ke peti simpanan suara.

Sebelum ini, pada 2020, Zul menyuarakan pendapatnya di media sosial berkaitan mencari rezeki lebih baik dan keberkatan dalam industri hiburan.

Perkongsian itu dibuat Zul selepas mengambil kira pengalamannya sendiri selama 20 tahun sebagai pelakon.

Sejak tahun kebelakangan ini, Zul juga lantang bersuara dan sering berkongsi pandangannya terhadap pelbagai isu semasa di platform media sosial.

Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada 2007 dan dikurniakan enam anak.

Zul yang berasal dari Sungai Petani, Kedah difahamkan pernah mengusahakan restoran di Seksyen 13, Shah Alam pada 2005.-CARI

Sumber: Harian MetroZ

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 27-2-2023 05:55 PM
dah jumpa ke belum? kesian juga sebab dia pernah top dulu... alih2 ke arah agama tiba2 macam weng sikit... harap takde jadi apa2 lah kepada beliau dan moga keluarga dapat selesaikan masalah...
Quote TomyamPuteh 27-2-2023 05:57 PM
Tu la. Sapa suruh tak cucuk vaksin. Tibeerrr
Quote Kurex 27-2-2023 05:58 PM
Sebab tu jgn melampau beragama..
Quote Suchi 27-2-2023 05:58 PM
Tak paham, masalah keluarga cemana tu? Maksudnya kena halau selai sepinggang ke apa?
Kenapa jln kaki tak naik kenderaan?
Quote genUmi 27-2-2023 05:59 PM
baru je makan2 kat kedai steamboat dia minggu lepas, nampak dia ok je layan org nak bergambar
Quote dewimalam78 27-2-2023 06:00 PM
Bila semakin meningkat usia, org akan semakin sensitif. Silap cakap nak terasa, nak melenting.
Quote awenda507 27-2-2023 06:02 PM
Dah jd gila isim ke?
Quote CiliPadiSedap 27-2-2023 06:05 PM
biarlah dia jalan pagi. hirup udara segar. bagi dia healing dulu. nanti dah ok dia tahulah apa nak selesaikan. kita sebagai netizen fokus pada friska je
Quote Piramida 27-2-2023 06:11 PM
genUmi replied at 27-2-2023 05:59 PM
baru je makan2 kat kedai steamboat dia minggu lepas, nampak dia ok je layan org nak bergambar

Ada kedai mcm mart jugak kan?
Mcm not bad berniaga.
Quote Realpeople17 27-2-2023 06:17 PM
Sbelum pkp dulu slalu gi kedai steamboat dia kat ipoh. Dia mmg slalu ada je kat situ. Bini dia berniqab. Dia ok je ramah layan amik gmbr. Cara dia mmg appreciate pelanggan la. Yg bgusnya bila msuk maghrib je sume staff lelaki akn naik surau solat jemaah. Tp tula mungkin dia ni trlalu lantang sgt bila kupas ssuatu isu sejak2 da alim ni.
Quote Nham22 27-2-2023 06:21 PM
Ermm dah kenape pulakkkk... Ape yg depress sgt tu...
Quote sayangkid 27-2-2023 06:24 PM
Realpeople17 replied at 27-2-2023 06:17 PM
Sbelum pkp dulu slalu gi kedai steamboat dia kat ipoh. Dia mmg slalu ada je kat situ. Bini dia berni ...

Sebab tu Jgn keterlaluan sgt. Jgn melampaui batas sampai anggap diri tu bagus maksum sgt. Nak artis bila da berhijrah. Terus 360 beubah. Semua dosa.
Quote Realpeople17 27-2-2023 06:29 PM
sayangkid replied at 27-2-2023 06:24 PM
Sebab tu Jgn keterlaluan sgt. Jgn melampaui batas sampai anggap diri tu bagus maksum sgt. Nak arti ...

Sama la mcm yebbi yabadi dlu mse msuk pas. Kemain mengharamkn pndapatan retis. Skali bila kluar pas and uturn blk blakon gerak khas kejap, kemain putar statement sndiri. Meluat!
Quote likilu 27-2-2023 06:32 PM
Buat full marathon memang kena start 3 4 pagi jadi bila habis nanti takde la panas terik sangat
Quote lotusteratai 27-2-2023 06:32 PM
moga yg baik2 je tp iols tetap tak suka dia terlampau lantang di masa dahukala. Mungkin dia overload tu yg pergi jln2 tenangkan minda
Quote Sazreena 27-2-2023 06:43 PM
Jangan bazir bateri bang...rekod tak sudah tetap tak selesai masalah.
Quote anilanil 27-2-2023 06:45 PM
Semoga acik zul baik2 saja & dipermudahkan urusan. I ada soft spot ckit utk acik zul sbb dulu membesar seronok nengok drama komedi papaya tu. Moga jadi tauladan kepada semua even kita rasa kita terpaling islamik, kita tetap akan diduga.
Quote doubleA 27-2-2023 06:49 PM
Beberapa bulan lepas jumpa dia satu family makan kt ikea penang, nampak biasa je. Anak2 dia pun hantar sekolah tahfiz/agama kan. Kalau ada bisnes tu bukan masalah kewangan sgt kot, semoga baik2 jela
Quote doubleA 27-2-2023 06:50 PM
Cuma masa ternampak tu memang dressing dia zuhud jela, pakai tshirt, seluar poket2 tu, selipar. Macam dlm video tu la rupa dia. Dulu2 hensem

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.212512 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top