CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Razak Tukar Peguam Di Saat Akhir Adalah Sesuatu Yang 'Serba Tidak Kena'

27-2-2023 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1084| Komen: 5

PUTRAJAYA – Pihak pendakwaan menyatakan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak menukar peguam baharu di saat-saat akhir pada rayuan akhirnya dalam kes SRC International Sdn. Bhd. tahun lalu sebagai sesuatu ‘serba tidak kena’.


Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram ketika berhujah berkata, ini kerana Najib ibarat “changing horses in midstream” (menukar haluan) di tengah-tengah perjalanan rayuan akhirnya ketika di Mahkamah Persekutuan.

Foto: Kosmo

“Mengapa Najib yang diwakili oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dari peringkat Mahkamah Tinggi kes SRC International pada 2018…tiba-tiba menukar peguam pada 2022 sebelum pendengaran rayuan di hadapan Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lepas.

“Walaupun terdapat hak (tertuduh) untuk memilih peguam namun peguam juga perlu bersedia untuk bertindak pada hari tertentu…sebenarnya mereka (pihak Najib) tidak mahu meneruskan kes itu (rayuan), sebab itu mereka mahu penangguhan,” kata Sithambaram pada prosiding permohonan semakan Najib terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta berhubung dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. pada Ogos tahun lalu.


Menjawab persoalan itu, peguam Muhammad Shafee kemudian membidas dengan mengatakan bahawa ia adalah kali pertama pertukaran peguam dilakukan dalam kes Najib dan ia dilakukan dengan niat baik (bona fide).

Beliau berkata, sebenarnya pertukaran peguam itu adalah disebabkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak membenarkan Queen’s Counsel (QC), dari United Kingdom Jonathan Laidlaw untuk diterima masuk ke Badan Peguam dan mewakili Najib dalam rayuan akhirnya.

“Oleh itu, tiada agenda untuk membuat penangguhan,” tegas Muhammad Shafee.

Pada 25 Julai 2022, Najib menamatkan perkhidmatan Muhammad Shafee dan firma guamannya, Tetuan Shafee & Co. sebelum melantik firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) bagi menggantikan fima terbabit.

Tindakan Najib menukar barisan peguamnya dilakukan kurang tiga minggu daripada tarikh pendengaran rayuan akhir yang akan bermula pada 15 Ogos 2022.

Tindakan itu dibuat selepas permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk mendapatkan khidmat Jonathan Laidlaw sebagai salah seorang peguamnya dalam rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam prosiding ini, semakan didengar oleh Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang bersidang bersama-sama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Pendengaran semakan itu bersambung lagi esok. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:01 PM
tak habis habis lagi eh
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:01 PM
ape ape je laaa
Quote Orenn1 28-2-2023 03:10 PM
Ko duduklah diam2 dlm jel tu najib oiiii, al chapo pun masuk jel
Quote Burong_Hantuk 28-2-2023 03:32 PM
jenis kulit muka tebal
Quote rogayahtop 28-2-2023 06:00 PM
pinknya bibir sis jibah ni. mmg pink pakai scrub ke lip tint tu?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.088551 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top