Perdana Menteri menjelaskan kenaikan gaji penjawat awam dalam Belanjawan 2023 kerana ia boleh menyebabkan defisit tinggi punca kerajaan tidak mencadangkan kenaikan gaji penjawat awam dalam Belanjawan 2023.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menyuarakan kebimbangan berhubung defisit yang tinggi boleh mengurangkan keyakinan pelabur terhadap negara kerana mereka tidak yakin ada tekad politik untuk mengurus negara dengan baik. "Apa masalah kita (sekarang ialah), hutang RM1.5 trilion dan defisit (sekarang) 5.6 peratus dan kalau tambah gaji, defisit jadi 6.5 peratus. Tiada orang datang lagi melabur ke negara kerana dia tidak yakin ada kekuatan tekad politik untuk urus negara dengan baik,” kata beliau kepada media selepas menghadiri Forum Antarabangsa: Pendekatan MADANI Mendepani Cabaran Islamofobia, di sini pada Isnin yang dipetik BERNAMA.
Anwar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat yang berpandangan tiada sebarang komitmen diberikan kerajaan untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam melalui model gaji dan upah dalam Belanjawan 2023. "Jadi sabar sekejap, hasil banyak cuba dicurahkan. Apakah ia tidak penting untuk selamatkan miskin tegar yang lebih teruk daripada pekerja sedia ada. "Saya ingin beritahu ia tidak mudah untuk pesawah padi, pekebun kecil, nelayan dan miskin tegar... dia nak hidup pun susah,” kata beliau. - CARI
|
cikatilia replied at 27-2-2023 05:28 PM
kalau deal dgn gomen esp pejabat tanah tu semua....PBT.. yg duduk kaunter esp
mmg sakit jiwa....
iolss replied at 27-2-2023 05:59 PM
nasi tambah.... sempat tgk movie chuolss lunch break jumaat depa.. mkn meatballs kt ikea. nateeeee ...
ekselen replied at 27-2-2023 06:02 PM
Nak bg naik gaji pd yg betul2 bekerja je boleh tak? Ni yg kaki mengulor, kaki curi tulang, kaki meng ...
Orenn1 replied at 27-2-2023 05:03 PM
Hadapp nak dpt habuan padahal tu keja dorang, selagi tak dapat apa dorg susahkan urusan orang phuiii ...
iolss replied at 27-2-2023 05:59 PM
nasi tambah.... sempat tgk movie chuolss lunch break jumaat depa.. mkn meatballs kt ikea. nateeeee ...
ADVERTISEMENT