CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ryan Bakery Kalahkan Khairul Aming, Isteri Dituduh Suka Tumpang Glamour

27-2-2023 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10315| Komen: 91

Di sebalik kejayaan Ryan Bakery, siapa sangka isterinya iaitu Elyia Ibrahim, 24, adalah insan penting yang banyak memberi sokongan.

Dia sanggup mengeluarkan modal ketika awal pembabitannya dahulu sebelum mereka berkahwin.


Foto: IG

Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, berkata wanita itu satu-satunya orang yang mempercayai bakatnya dalam bidang ini sehingga terbukti berjaya meraih jutaan pengikut di media sosial.

"Sekitar tahun 2020 ketika tempoh pandemik Covid-19, saya diberhentikan kerja dan mula berniaga popia. Kemudian saya buat video untuk tingkatkan pendapatan. Pada masa itu dialah orang yang percaya dengan apa yang saya mahu buat.



"Walaupun belum berkahwin dia sanggup keluar duit sendiri untuk membeli kelengkapan membuat video meskipun gaji tidaklah terlalu tinggi.

"Saya sampai ke tahap sekarang ini juga disebabkan dia. Banyak modal yang telah dikeluarkan. Apa sahaja yang saya mahu dia akan belikan," katanya kepada mStar.

Ryan ditemui pada majlis Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2022 yang berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam pada malam Ahad.



Mula dikenali ramai, kata Ryan dia juga tidak terlepas dari kecaman netizen yang menganggap isterinya itu menumpang populariti kerana selalu dilihat bersama ketika menghadiri majlis.

"Kalau dulu saya pun rasa ‘koyak’ juga membaca komen begitu dan isteri pun down apabila kena kecam. Tetapi inilah cara saya menghargai segala pengorbanan isteri dengan membawa dia ke mana-mana acara.

"Malah sebelum ini pun ketika mula memperoleh pendapatan hasil dari kandungan di media sosial, saya segera bernikah dengannya untuk menghalalkan hubungan kami," jelasnya.


Dalam edisi pertama majlis anugerah tersebut, Ryan menerima anugerah Digital Content Creator Tergempak.

Ketika namanya disebut sebagai pemenang dan tampil mengambil trofi di atas pentas, Elyia dilihat tidak dapat menahan air mata kerana terlalu gembira dengan kejayaan tersebut.



"Kami melalui susah payah bersama bermula dari kosong sehingga ke tahap ini. Memang tidak sangka dia akan menang. Apabila namanya disebut saya terus rasa sebak.

"Kami sudah lama kenal sejak zaman belajar. Apabila dia berdepan dengan waktu sukar dibuang kerja, tak mungkin saya akan tinggalkannya. Saya percaya dengan apa yang dia lakukan."



Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 27-2-2023 05:36 PM
terus jatuh jadi anugerah syok sendiri bila bagi dia ni dengan si hapiz tu menang...
Quote Kurex 27-2-2023 06:03 PM
dudaberhias replied at 27-2-2023 05:36 PM
terus jatuh jadi anugerah syok sendiri bila bagi dia ni dengan si hapiz tu menang...

Apiz who are yuss ke?
Quote likilu 27-2-2023 06:42 PM
So ikutlah pesan acik forum cari kerja or bukak company buat bisness betul betul nanti kalau comfortable sangat eliya tu cantik nanti dia carik lain. Ramai je nak sondol tu kutunggu jandamu
Quote LadyCarefree 27-2-2023 06:44 PM
eloklah iktiraf konten kreator bodoh2 gini setara drama2 meleis kan?
Quote anilanil 27-2-2023 06:47 PM
Eh muda lagi diorang ni..Bagusla confident without filter.
Quote solarlunar 27-2-2023 06:51 PM
Amin takde sibuk nk pikir psl anugerah ni. Die sibuk urusan 2 kilang tuh.
Quote putu 27-2-2023 06:53 PM
Maafkn Sy. Xperna rsa dia ni lucu..mungkin diri ini terlalu serious org nya
Quote aammyy 27-2-2023 07:00 PM
dudaberhias replied at 27-2-2023 05:36 PM
terus jatuh jadi anugerah syok sendiri bila bagi dia ni dengan si hapiz tu menang...

Vibe dia sama mcm anugerah MeleTop je aku tgk. Hapiz tu sejak belum kahwin (famous sebab bawak gf -skrg bini- naik limousine) sampai ke harini aku taktau dia buat bisnes apa sbnrnya??
Quote aammyy 27-2-2023 07:03 PM
Kerol aming je ke calon saingan? Sapa lagi? Kerol aming tak in dgn dak2 bbnu. Dia lebih kepada business entrepreneur gitu, sesuai la kalau jadi Tokoh Maal Hijrah ke seangkatan dgn tu.
Quote cikgojesss 27-2-2023 07:07 PM
sorry tak minat dengan konten2 bodoh takda manfaat.. geli
Quote scarflicious 27-2-2023 07:10 PM
Harap tu ingat sentiasa dgn pengorbanan wife. Jgn pula lupa bila ada babi dtg menyondol k.
Quote Nizleen86 27-2-2023 07:10 PM
KA dah level atas dari ni. Please lah!
Quote irvene 27-2-2023 07:11 PM
sorry tak minat jugak. semua menggelikan, baik ryan, baik hafiz dan seangkatan dgn nya
Quote duricinta 27-2-2023 07:12 PM
X pernah teringin nk tgk content merepek2 ni maybe sense of humor i rendah so bila tgk mcm menyampah je x jd kelakar pun
Quote dudaberhias 27-2-2023 07:14 PM
aammyy replied at 27-2-2023 07:00 PM
Vibe dia sama mcm anugerah MeleTop je aku tgk. Hapiz tu sejak belum kahwin (famous sebab bawak gf  ...

ye kaka... tapi awards ni lebih murahan gittew yach berbanding meletos!

yang pergi pun stok2 Gen Z... tapi macam biasa kita kena buat2 je kenal yang datang dan hangguk2 bila orang tanya kenal ke idok... sebab nanti kena tepek esteloder advanced night repair kalau mengaku tak kenal sape2 kat anugerah tu... padahal memang who are yusss pun memasing yang datang perform...
Quote anony-mous 27-2-2023 07:14 PM
Sofyunk tu pon another level dah
Quote rayna_raynes 27-2-2023 07:14 PM
spesis suka melawak low class juga pilihan ramai. Sesuai dengan iq pengundinya lah kot.

Aming terlalu bijak untuk sasaran pasar.
Quote love_warrior 27-2-2023 07:19 PM
Content creator yg well deserved adalah Sofyank ja
Quote KirazMevsimi 27-2-2023 07:24 PM
tahniah ryan dan isteri. jaga leklok insan yang sentiasa ada dengan kita

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.048592 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top