CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM1 Juta Lesap Dalam Bank Lepas Jawab Panggilan Bank Scam

27-2-2023 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3347| Komen: 44

KUCHING – RM1 juta lesap dari akaun bank seorang ahli perniagaan selepas menjawab panggilan telefon daripada sindiket ‘bank scam’, semalam.

Kejadian itu berlaku selepas mangsa yang hanya dikenali sebagai Lee, menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa dari Pos Laju dan memberitahu ada bungkusan untuknya dan memintanya memberikan OTP banknya.


Namun, merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Lee memutuskan panggilan itu.


Foto: Kosmo

Bagaimanapun, ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Michael Kong Feng Nian ketika mendedahkan mengenai kejadian berkata selepas panggilan itu, Lee kemudian cuba menyemak akaunnya dan mendapati RM1 juta telah dikeluarkan daripada akaun Maybank miliknya tanpa kelulusan atau kebenarannya.

“Menurut rekod banknya, wang itu telah dipindahkan kepada Celcom Sdn Bhd.

“Selepas mendapati wang dipindahkan tanpa kelulusan atau kebenarannya, dia segera menghubungi bank untuk membuat aduan dan membuat laporan polis,” katanya pada sidang media bersama Lee di ibu pejabat DAP Sarawak di sini, hari ini.


Pada masa sama, beliau berkata akan membantu Lee untuk berhubung dengan Celcom bagi mengesan wang berkenaan dan mengembalikan kepada beliau.

“Ini bukan kes pemegang akaun bank telah memuat turun beberapa perisian hasad (malicious software – malware).

“Dia hanya menjawab panggilan telefon tetapi RM1 juta dalam akaun banknya benar-benar dicuri daripadanya,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 27-2-2023 04:59 PM
Ye ke jawab saja...
Cer citer yg benor..
Quote blue_blur 27-2-2023 07:20 PM
aik... lancar nya movement 1Mil bank tak hold dulu? takkan 1 shot? berapa kali transaksi bertubi2 bank tak detect dan bekukan dulu?
Quote jas7512 27-2-2023 08:02 PM
Mbb mmg lahanat skrg
Quote green~tea 27-2-2023 08:16 PM
Dia ni kenapa.. takde kaitan ok poslaju parcel sampai rumah dengan OTP bank ko... eeeee
Quote green~tea 27-2-2023 08:23 PM
blue_blur replied at 27-2-2023 07:20 PM
aik... lancar nya movement 1Mil bank tak hold dulu? takkan 1 shot? berapa kali transaksi bertubi2 ba ...

Statement tanak mengaku salah
Quote pokokbunga 27-2-2023 08:40 PM
Takkan lah semudah itu.. Rm1 juta tuuu…
Quote plywood 27-2-2023 09:10 PM
1 juta banyak tu.

bolehkah kita berteori memang sistem bank dah kena hack?
Quote imransulaiman 27-2-2023 09:23 PM
Banyaknya duit dia....
Quote Orix 27-2-2023 09:29 PM
nampak beno nipunya.... ada plot tertinggal lupa nak cite kewwwww
Quote Tembikaigoreng 27-2-2023 10:12 PM
Scammers ni cam tau tau je duit dalam bank org banyak!!!
Quote zamnie 27-2-2023 10:14 PM
Skeri tul... byk sgt dpt call mcm skrg nih  Ya Allah mintak dijauhkan
Quote mejaputih 27-2-2023 10:44 PM
Bukan ke ada limit utk transfer or payment?
Quote Decaffeinated 27-2-2023 11:16 PM
green~tea replied at 27-2-2023 08:23 PM
Statement tanak mengaku salah

...or tak nak mengaku bodoh

Quote slyfynx 27-2-2023 11:20 PM
Fishy sangat kisahnye.
Quote dudaberhias 27-2-2023 11:31 PM
aik 1 juta tu dikk hoiii... kaka transfer 20 ribu pun bank siap call tanya yach untuk urusan apa... tapi tu maybank... ko pakai bank cikai yang mana tu sampai tahap 1 juta dia bagi jalan macamtu jah... cuba bagitau bank apa ko pakai... boleh acik2 semua try scam pengguna2 bank tu... 1 juta boleh transfer macamtu je... kaya kot kalau dapat scam sorang je pun...
Quote primarikey 28-2-2023 12:38 AM
dudaberhias replied at 27-2-2023 11:31 PM
aik 1 juta tu dikk hoiii... kaka transfer 20 ribu pun bank siap call tanya yach untuk urusan apa...  ...

Maybnk sis
Ada tulis kt atas
Quote kemaruk 28-2-2023 12:43 AM
Yang menggelabah ni ada sebabnya
Quote liyamariska 28-2-2023 01:40 AM
ai terpikir cmne duit simpan sebyk 1 juta senang2 boleh ditransfer tanpa pengetahuan pemegang akaun? bukan ker bank akan check dulu dgn pemegang akaun utk kepastian?

atau ada versi cite lain yg kita tatau sebenarnya...  
Quote zuuu 28-2-2023 04:04 AM
Makin advance scammer srkrg ni

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.052582 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top