CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Rasa Dah Kurus Tiga Kampit Ni," Hael Husaini Terpaksa Batal Konsert Sebab Sakit

27-2-2023 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5688| Komen: 39

Hael Husaini beri komen mengenai konsert pertamanya, Hael Husaini Live in Kuala Lumpur yang terpaksa dibatalkan.

Sebelum ini, pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment telah memaklumkan konsert yang sepatutnya berlangsung pada 19 Februari lepas terpaksa dibatalkan kerana kesihatan Hael yang tidak mengizinkan.


Foto: IG

Biarpun kecewa tidak dapat menjayakan konsert pertamanya, Hael tetap akur dan menganggap tiada rezeki buatnya kali ini.

“Konsert daripada Rocketfuel telah ditunda atas beberapa masalah yang saya rasa mereka pun telah selesaikan. Itu daripada segi pengurusan.

“Insya-Allah, untuk konsert saya yang akan datang, kalau ada rezeki dalam tahun ini saya akan cuba melakukan sendiri.



“Sudah tentu saya kecewa sebab ini konsert pertama saya yang saya sangat teruja. Saya rasa dah lakukan 70 peratus untuk konsert itu. Tapi bila konsert tu tak jadi, saya anggap bukan rezeki,” katanya.

Enggan mengulas sebab lain yang menjadi punca konsert tersebut ditunda, pihak pengurusan pelantun lagu Jampi itu bagaimanapun meluahkan rasa lega dengan kondisi penyanyi itu yang semakin pulih.



“Tak ada masalah, kita dah cakap dia tak berapa sihat. Untuk tahun ini, Alhamdulillah, dia dah boleh balik. Kalau ada rezeki kita boleh tengok balik sekiranya ada rezeki lain,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Hael juga sempat berkongsikan perkembangan terkini kesihatannya yang masih dalam fasa pemulihan.

“Masalah kesihatan, kalau nak ikutkan secara jujurnya benda ini telah diputuskan oleh pihak pengurusan saya dan mereka membenarkan saya untuk berehat untuk melakukan apa-apa konsert supaya tidak terjejas dalam masa yang lama.



“Sebenarnya banyak kurus ni sebab banyak benda yang saya kena cut sebab dalam masa saya nak sembuh tu banyak benda yang saya kena jaga dari segi kesihatan dan pemakanan.

“Saya rasa dah kurus tiga kampit ni. Sekarang ni berat saya berbanding dulu lebih kurang tapi sihat, itu yang penting,” jelasnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 27-2-2023 04:46 PM
Sakit sebab effect surgery la nyah oiiiiii
Quote esbok 27-2-2023 04:48 PM
mmg halus pun mamat ni, macam budak sekolah
Quote cikatilia 27-2-2023 04:55 PM
byk sgt alter badan pon dah takle hterima?
Quote alieyrina 27-2-2023 05:13 PM
Dahla kecik..lagi kurus pulak. Canot imagine
Quote dudaberhias 27-2-2023 05:23 PM
kurus kenapa tu??? makan ubat kurus? drip??

konsert heols ni tiket terjual herlok ke atau kena mek ani jua?
Quote rayna_raynes 27-2-2023 05:29 PM
dudaberhias replied at 27-2-2023 05:23 PM
kurus kenapa tu??? makan ubat kurus? drip??

konsert heols ni tiket terjual herlok ke atau kena mek  ...

Hari tu dlm 60% sold, so takdelah nek ani pun. Yg tinggal pun standing zone je
Nampak macam problem dari pihak management dia.
Jawapan dia pun very the play safe.
Dia tak sakit pun. Sejak awal January show sana sini every weekend so takde maknanya sakit.


Quote dudaberhias 27-2-2023 05:34 PM
rayna_raynes replied at 27-2-2023 05:29 PM
Hari tu dlm 60% sold, so takdelah nek ani pun. Yg tinggal pun standing zone je
Nampak macam proble ...

60% sold kira betul la tu sakit... mesti heshe sedih yach sebab tak dapat perform aka duit tak masyukkk sekali lah nampaknya sebab kena refund

patutnya mek ani haritu pun patut buat drama bagitahu heshe sakit, esoknya terus berkerusi roda macam si bung... confirm yang telah di mek ani kan tu maafin walaupun duit tiket tak di pulangkan...
Quote rayna_raynes 27-2-2023 05:41 PM
dudaberhias replied at 27-2-2023 05:34 PM
60% sold kira betul la tu sakit... mesti heshe sedih yach sebab tak dapat perform aka duit tak mas ...

Nek ani dah so yesterday, product baru pun takde tapi feeling buat kat IB
buat kat Zepp sudah.


Quote dudaberhias 27-2-2023 05:45 PM
rayna_raynes replied at 27-2-2023 05:41 PM
Nek ani dah so yesterday, product baru pun takde tapi feeling buat kat IB
buat kat Zepp sudah.

choiii kaka ni tak baik tau...

tapi untuk tarap2 mek ani ni buat kat Zepp pun tak laku...

baik dia busking free jah bawak 30 orang kampung dia naik bas, buat kat petaling street atau dalam shopping mall macam lotus tu...
lepastu letak lah tin beskot cap tip tap kat depan dia... confirm berderet yang hulur singgit dua...
Quote lotusteratai 27-2-2023 06:26 PM
baru nk speku tiket tak laku tp forumer lain kata sold 60%, jd mungkin betul sbb faktor kesihatan. Moga cepat sembuh ya oppa
Quote Piramida 27-2-2023 06:32 PM
Memang nampak sakit walaupun dia rasa dia dah habis lawa dah.
Kalau tak sakit pun tetap mcm org sakit. Teruk sgt rupanya.. Kurus.. Tak fresh.
Quote rayna_raynes 27-2-2023 06:45 PM
dudaberhias replied at 27-2-2023 05:45 PM
choiii kaka ni tak baik tau...

tapi untuk tarap2 mek ani ni buat kat Zepp pun tak laku...

Buat show depan Mekdi Bukit Bintang sudah

Quote rayna_raynes 27-2-2023 07:24 PM
Ctfantasi replied at 27-2-2023 07:15 PM
Nasihat meols tinggalkan jah la management hauk chuols ni Hael oiii..sebab management punya problem, ...

management dia sayang ernie je haha

Quote rayray28 27-2-2023 07:28 PM
Yg br ni ada 4000 org tu show apa? Nmpk dia post smlm ke kelmarin
Quote sleepandream 27-2-2023 09:44 PM
Ctfantasi replied at 27-2-2023 07:15 PM
Nasihat meols tinggalkan jah la management hauk chuols ni Hael oiii..sebab management punya problem, ...

yg first schedule ujung taun lepas tu byk jugak tiket terjual khenn....
second ni cancel sbb sakit pulekkk... sakit apa pun tak bgtau.... sesuatuuuuuuu
Quote rayna_raynes 27-2-2023 09:53 PM
rayray28 replied at 27-2-2023 07:28 PM
Yg br ni ada 4000 org tu show apa? Nmpk dia post smlm ke kelmarin

annual dinner Daikin

Quote rayna_raynes 28-2-2023 12:55 AM
Edited by rayna_raynes at 28-2-2023 12:57 AM
Ctfantasi replied at 27-2-2023 10:37 PM
Betul kaka..masa nak jawab pasal isu kesihatan tu pun kena cantas dgn manager heols kan. Tachod la ...

oh screenshot yang tersebar tu dr ig tatan ke uols?

iols pun terkejut alasan kensel sebab kesihatan. tgk hael buat show back to back siap. weddings lagi, corporate events lain, promo lagi. Mustahil sgt tiket konsert dia tak laku coz meols nak beli pun xsempat VIP, mmg tinggal haram zone je masa tu.

Quote anggeriklatifah 28-2-2023 03:05 AM
Edited by anggeriklatifah at 28-2-2023 03:08 AM

Acik2 forum..memfitnah sheols mengatakan sheols buat surgery....sheols sebenrnyaaa jadi tampan kesan dari air wudhukkkkk...dan hati bersih sesuci embboonnnn pagiiii
Tak mcm achikkkk forum..hati hitammm berkeladakkk..
Tengokkk la prubahan  sebum dan selepas kesann air wudhuk hati bersih sebersih tinggkap klcc
Quote CurangLagi 28-2-2023 04:02 AM
Edited by CurangLagi at 27-2-2023 08:03 PM

Oh baru nmpk posting muka sebelum dan selepas. Hahhahaa

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.402790 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top