Pemilik motosikal yang hangus dijilat api di Flat Tuna Seberang Jaya menerima sumbangan daripada Nurul Izzah Anwar. Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok, Lee Khai Loon dapat mengumpulkan sumbangan sebanyak RM30,000 untuk membantu kumpulan B40 itu.
Katanya menerusi posting Facebook, beliau menerima mesej daripada seorang penduduk Seberang Jaya meminta bantuan dan turut memberitahu motosikal itu merupakan mod pengangkutan tunggal yang digunakan. “Ya, saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, namun ramai penduduk yang datang memohon bantuan daripada saya.
“Mereka juga ada bertemu wakil rakyat kawasan, tetapi mereka datang kepada saya dengan permohonan ini kerana masih menantikan penyelesaian. Kami pergi ke kedai motor dan membeli Modenas Kriss MR3. “Asalnya, harga motor ni dalam RM4,000 sebijik, tetapi akhirnya dibeli pada harga RM3,500 seusai proses rundingan,” katanya. Saya tersentuh kerana pemilik beri diskaun apabila diberitahu tentang usahasama demi membantu keluarga berpendapatan rendah di Seberang Jaya,” katanya. Pada 2 Februari lalu, sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan parkir Flat Tuna D4, Jalan Seberang Jaya. Difahamkan terdapat beberapa penduduk yang masih tidak dapat menggantikan motosikal mereka kerana kesempitan hidup. Selain itu, pasukan Nurul turut memudahkan proses penyediaan lesen, cukai jalan dan insurans. Sumber: Utusan
|
xAthenax replied at 27-2-2023 06:14 PM
dah start pun kan?
cuba tengok edisi siasat twitter apa ntah
katanya Izzah ni mastermind bla bla b ...
zamzam replied at 28-2-2023 07:29 AM
Dulu xingat org kampung bak kata makcik permatang pauh. Dah kalah baru gedik nak jenguk. Kalau dulu ...
ADVERTISEMENT