Penyanyi Naim Daniel yang mengakui mendengar ura-ura mengenai persembahannya pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) bakal mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) bagaimanapun masih menunggu perkembangan terkini dari organisasi terbabit.
"Mereka baru minta maklumat terperinci mengenai persembahan saya itu, minggu lalu. Saya masih tunggu keputusannya," katanya kepada BH Online. Naim sebelum itu menyuarakan kebimbangan apabila aksinya dalam keadaan tergantung dan terbalik di pentas AJL37, menjadi ikutan. "Sebelum ini, saya ada nampak video individu menyanyi secara terbaik (kaki ke atas dan kepala di bawah) di pusat karaoke menerusi aplikasi TikTok. "Usahlah menyanyi terbalik, risau sungguh saya tengok aksi itu. Saya tidak galak aksi itu ditiru tanpa pengawasan individu profesional. "Kalau hendak buat, itu risiko diri sendiri. Saya datang (beraksi) atas kapasiti persembahan profesional. "Sebelum melakukannya, saya dapatkan nasihat doktor. Selain itu, tahap pernafasan dipantau dan anggota paramedik ditugaskan untuk berjaga-jaga," katanya. - CARI |
dudaberhias replied at 27-2-2023 05:30 PM
kalau masuk pun ok je... sebab memang tak pernah nampak lagi yang perform secara terbalik dan tak ha ...
dudaberhias replied at 27-2-2023 04:30 PM
kalau masuk pun ok je... sebab memang tak pernah nampak lagi yang perform secara terbalik dan tak ha ...
ADVERTISEMENT