CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tokan Dadah Bedah Wajah Nak Elak Dicekup Polis, Daripada Muka 'Pecah' Terus Jadi Macam Oppa Korea

27-2-2023 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2667| Komen: 21

Bangkok: Seorang 'tokan' dadah di Thailand sanggup menjalani pembedahan plastik untuk menyamar sebagai 'lelaki Korea yang kacak'.

Namun helahnya terbongkar dan akhirnya ditahan polis di Bangkok, Jumaat lalu.


The Straits Times melaporkan, Sarahat Sawangjaeng, 25, menjalani pembedahan beberapa kali untuk mengubah wajahnya, dan menukar namanya kepada Jimin Cheong ketika cuba mengelak daripada dikesan detektif.

Foto: Polis Thailand

Portal Thaiger melaporkan Sarahat, mengimport dadah methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) ke negara itu dari Eropah ditangkap di sebuah kondominium mewah dekat daerah Bang Na di sini.

MDMA adalah ubat psikoaktif yang biasanya dikenali sebagai ekstasi atau Molly.

Difahamkan, Sarahat melarikan diri sejak Disember tahun lalu.

Dia ditangkap selepas seorang pegawai polis yang menyamar berpura-pura berminat untuk bekerja sebagai 'keldai dadah' untuknya.


Media Thailand melaporkan polis terkejut apabila mereka tiba untuk menangkap Sarahat kerana rupa lelaki itu tidak seperti wajah asal.

Polis dapat mengecam wajah asalnya kerana lelaki itu pernah ditangkap tiga kali sebelum ini.

Bagaimanapun, mereka tidak mengulas mengenai penahanan itu.

Sarahat dilaporkan membawa masuk MDMA yang banyak dan mengaku membeli dadah itu dengan menggunakan Bitcoin di dark web dan kemudian menjualnya kepada pelanggan di sekitar Bangkok.

Mejar Jeneral Polis Thammasutee menggelarnya salah satu punca utama 'wabak' MDMA di Bangkok.

"Beliau adalah raja dadah yang mengimport MDMA dari Eropah pada usia 25 tahun.

"Kami percaya terdapat lebih ramai suspek di negara asing. Kami akan meneruskan siasatan kami," kata Mejar Jeneral Thammasutee. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellaamsar 27-2-2023 03:57 PM
Ni betul2 another level. Sanggup berhabis duit nk ubah muka
Quote ally9970 27-2-2023 04:25 PM
Teringat cerita "Face Off" dulu2..
Quote vanillaninja 27-2-2023 04:27 PM
Terus flawless hilang semua jerawat heols.
Quote Sazreena 27-2-2023 06:12 PM
Buat keje tak clean..len kali suh doktor ubah abis..ni bibir still sama...rahang tak tajam..gituew.
Quote exclusive_vvip 27-2-2023 06:15 PM
ally9970 replied at 27-2-2023 04:25 PM
Teringat cerita "Face Off" dulu2..

Alessandro Nivola tu maintain hensem walaupun dah berumur skrg
Quote sharlenetexas 27-2-2023 06:21 PM
Rambut depan makin mengurang.

Quote Samerosie 27-2-2023 06:24 PM
Apa ni bedab muka on a budget ke?  Hidung mulut semua lagi.
Quote dani-rox 27-2-2023 06:31 PM
takda perubahan pun. cuma kulit muka jah licin
Quote imransulaiman 27-2-2023 10:14 PM
Cubalah lepas operate tu cari profession lain.. Ni tak...terus juga jadi taikun dadah. Duit dah banyak kot..
Quote nakkomenjugak 27-2-2023 10:53 PM
Lohhhh... Oppa ke hapooo? Tahap kelindan juaaa... Kelindan tuktuk laa tapi
Quote samperit 27-2-2023 11:11 PM
dani-rox replied at 27-2-2023 06:31 PM
takda perubahan pun. cuma kulit muka jah licin

+ mula slim sikit. sikit jelah. kalau mcm ni je hasilnya, baik pakai timbang kilo je kan sis dani
Quote Decaffeinated 27-2-2023 11:19 PM
ada beza lah juga.

hidung dan muka dah tak berapa bulat plus jerawat dah hilang

Quote dudaberhias 27-2-2023 11:22 PM
tak rupa macam oppa pun... tetap lah macam kelindan lori versi lori mahal sikit hapgred lori kontena evergreen...
Quote rogayahtop 28-2-2023 03:33 AM
lite2 je kut operasinya. tp dah kurus muka flawless cerah sikit dr yg lama.

interested pulak nak tahu klinik mana dia buat


jual E pulak tu, tiap2 malam la dok cucuk langit mmg kurus la.

Quote faraway1 28-2-2023 07:31 AM
Mata tak boleh tipu so kena tukar bentuk mata dan warna juga, base tengok cita the Hunters
Quote shi_jewel 28-2-2023 08:04 AM
walaupun dia bedah mcm mana pun...hidungnya tetap sama gitewww
Quote jazaa100 28-2-2023 09:09 AM
bellaamsar replied at 27-2-2023 03:57 PM
Ni betul2 another level. Sanggup berhabis duit nk ubah muka

Duit jual dadah byk.....l
Quote namieamuro 28-2-2023 01:16 PM
ptt die tuka jd sajat. bole pakai wig, eyelash, liptip terang benderang
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:06 PM
pandai buat kerja erk

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.095041 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top