Dakwaan tular peminat sebelum ini yang menyatakan penampilan isteri Haqiem Rusli, Anis Sofea, 21, seolah-olah menampakkkan ‘baby bump’ ditepis penyanyi itu. Haqiem bagaimanapun meminta peminta mendoakan yang baik-baik buat mereka.
“Belum, masih menunggu rezeki (Anis hamil). Dalam tempoh setahun dia ini, apa yang boleh saya cakap kami masing-masing dalam proses memperbaiki diri. “Maksudnya, cuba untuk menjalani kehidupan berumah tangga dengan baik. Faham tanggungjawab dan sebagainya, insya-Allah,” katanya kepada Media Hiburan.
Kata Haqiem, mereka tidak merancang dan menerima dengan hati terbuka andai dikurniakan zuriat. - CARI
|
ADVERTISEMENT