Hafiz Mahamad memenangi kategori Digital Influencer Tergemak di Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA) Terharu dengan kemenangan berkenaan, Hafiz berbesar hati memberi sehari cuti dan sebulan bonus yang dianggarkan berjumlah RM300,000.
"Sejak awal tercalon, staf saya antara yang banyak memberi sokongan malah mereka juga mengundi saya... sokongan tersebut membuatkan saya terharu. "Tak salah untuk saya beri penghargaan kepada mereka dengan cuti selama sehari dan bonus sebulan. "Bonus tersebut juga sebagai tanda kerja keras mereka selama ini," katanya yang ditemui sejurus selepas acara berakhir.
Pada majlis tersebut sebanyak sembilan kategori dipertandingkan dengan pemenang dipilih berdasarkan undian atas talian tidak termasuk anugerah khas. Dalam pada itu, personaliti media sosial iaitu Sofyank membawa pulang trofi Hall of Fame kerana berjaya menghasilkan video meraih perhatian dunia. GWMA dihoskan oleh Elly Mazlein, Radin, Amelia Henderson dan Sean Lee. Antara persembahan hebat yang bakal menghiasi anugerah berkenaan adalah The Gadys, Dolla, Sara Sisters, Misha Omar, Marsha Milan, Namie, Khai Bahar, Defam, Nabila Razali dan Bunkface.
Berikut adalah senarai pemenang GMWA; 1. Video Trending Tergempak - Meerqeen (Swipe Challenge) 2. Drama Trending Tergempak - Melur Untuk Firdaus 3. Selebriti Digital Tergempak - Datuk Seri Siti Nurhaliza 4. Digital Content Creator Tergempak - Ryan Bakery 5. Video Muzik Tergempak - Bad (Dolla) 6. Lagu Trending Tergempak - Bad (Dolla) 7. Personaliti Gamers Tergempak - Kambing Golek 8. Motivator Dogital Tergempak - Cikgu Fathi 9. Digital Influencer Tergempak - Hafiz Mahamad -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|