CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Sendiri Pun Tidak Pernah Tanya Masalahnya (Bekas Suami). Saya Tidak Mahu Aleesya Terganggu - Erra Fazira

26-2-2023 11:30 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 980| Komen: 5



Sejak kebelakangan ini, Engku Emran dan isterinya, Noor Nabila dikatakan mengalami krisis rumahtangga apabila terdapat khabar angin bahawa pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung lagi dan dikatakan hubungan mereka bakal berakhir dengan perceraian. 

Memetik Kosmo, selebriti jelita Erra Fazira berkata, dia tidak tahu menahu tentang krisis rumah tangga yang sedang melanda bekas suaminya, Engku Emran bersama isteri, Noor Nabila.

Bahkan Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek juga tidak mahu masuk campur tentang urusan rumah tangga mereka kerana menghormati kehidupan pasangan itu.

“Secara jujurnya saya tidak masuk campur urusan bekas suami saya walaupun kami mempunyai anak yang menjadi perantara antara kami.

“Saya menghormati kehidupan dia. Saya sendiri pun tidak pernah tanya masalahnya. Antara saya dengan Engku Emran hanyalah disebabkan anak kami, Engku Aleesya,” katanya kepada Kosmo! Online.



Ujar pelakon dan penyanyi berusia 49 tahun itu lagi, dia enggan mengambil tahu kisah tentang bekas suaminya itu kerana tidak mahu anaknya terganggu dengan cerita melibatkan bapanya.

Bahkan, Erra turut mengakui tidak tahu menahu apa yang terjadi membabitkan rumah tangga Engku Emran bersama Noor Nabila dan hanya mengetahui perkara tersebut melalui laporan media.

“Saya menghormati anak saya. Saya tidak mahu Aleesya terganggu kalau saya tanya tentang bapanya. Saya hanya buat seperti baisa sahaja.

“Kalau dia mahu kongsikan, boleh. Kalau tidak mahu pun, tak mengapa. Sehingga ke hari ini memang saya tidak tahu apa-apa. Saya tahu pun hanya melalui laporan media sahaja,” katanya.

Ketika disoal jika Aleesya ada meluahkan perasaan tentang bapanya, pelakon filem Pasrah itu berkata sehingga kini anak tunggalnya berusia 13 tahun itu tidak pernah bercerita apa-apa tentang Engku Emran.

“Aleesya tidak ada bercerita apa-apa. Saya pun tidak bertanya sebab takut emosinya terganggu. Tapi kalau dia mahu kongsikan juga, saya akan jadi pendengar yang baik.

“Saya sama seperti anda semua, tertanya-tanya adakan mereka (Engku Emran dan Noo Nabila) masih bersama atau tidak? Saya pun tidak tahu,” jelasnya.


Kata Erra lagi, dia mengenali Engku Emran sebagai seorang lelaki yang perahsia dan secara kebetulan, dia berkahwin dengan seseorang yang dikenali ramai. Maka orang ingin tahu tentang kehidupan peribadinya.

Berhubung konflik yang melanda pasangan itu, Erra percaya tiada siapa yang mahukan perceraian dalam perkahwinan mereka.

Namun figura itu tidak menolak seandainya perpisahan itu terjadi mungkin disebabkan terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan.

“Dalam kehidupan berumah tangga, saya percaya tiada siapa yang mahukan perceraian. Tapi kalau bercerai juga, mungkin ada masalah yang tidak boleh dibendung lagi.

“Tapi apa pun, janganlah menghukum seseorang dengan tuduhan yang bukan-bukan. Sebab kehidupan kita sendiri pun, kita tidak tahu.

“Walaupun saya pernah hidup bersama dengannya (berkahwin dengan Engku Emran), tapi saya tidak menilainya sebab itu adalah takdir,” kata Erra

Berhubungan anaknya, Engku Aleesya, Erra berkata dia selalu berpesan kepadanya supaya ingat bahawa dirinya tidak pernah miskin daripada kasih sayang daripada kedua-dua belah pihak walaupun ibu bapanya sudah bercerai.

“Kasih sayang Aleesya cukup baik daripada pihak saya mahu pun bapanya. Kalau orang lain yang mana ibu bapanya bercerai, mungkin nasib mereka berbeza. Tapi tidak bagi Aleesya,” tegas Erra.


Untuk rekod, sebelum berkahwin dengan Nabila iaitu kakak kepada usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira pada 2007, namun bercerai pada 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum berkahwin dengan Engku Emran, Nabila pula pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020.

Apapun, kita doakan yang terbaik untuk mereka semua. Jika boleh berbaik semula, itulah yang sebaiknya. - CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote electricopop 27-2-2023 02:05 PM
Kenapa nak kena tanya Erra walhal dah lama cerai? Wartawan pun... cuba hangpa pi tanya Sharnaaz lak? Mau kene hempok nyawa...
Quote Purplehaz 27-2-2023 01:12 AM
Kalau betul lah mereka akan bercerai..akan jdlah spt perceraian yg sblum2nya..tanpa nitizen ketahui sbb mengapa..sbb ex wife x akan bukak cite..semua akan simpan rapat.
Tp ayat k.erra yg ini ada deep meaning,
( "...tp saya tidak menilainya(ee) sbb itu adalah takdir"..kata erra).
Quote habisnamadahni 27-2-2023 12:46 AM
cantikk betul aleesya ni
Quote fealefea 27-2-2023 12:12 AM
EE adalah jenis laki yg x reti dgn komitmen perkahwinan. Ingatkan ini yg paling selevel. Tidak ye
Quote Carcosa 26-2-2023 11:35 PM
Kira Ratu lah yg paling penyabar antara ex2 wife si jantan gila ni. Knp meols rasa si jantan ni jenis senyap buat hal sendiri dlm rumah?
Dulu ada member yg ada laki mcm ni. Balik kerje, moody2, duduk dlm bilik berkurung. Keluar bilik, makan, then masuk bilik balik. Dgn mak mertua pun dia tak bertegur. Ujung2 cerai. Ada je perangai jantan gila mcm tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.105659 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top