Meskipun baru saja diceraikan dengan talak satu, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak bersedih dan terus bangkit dengan memulakan kehidupan baru dengan menjalankan perniagaan secara atas talian. Memetik mStar, tanpa mengharapkan belas kasihan sesiapa dan mula untuk hidup berdikari, Shuhada, 29, kini menjalankan perniagaan yang diberi nama Satu Tak Cukup by Shuhada Shukri. "Terima kasih atas sokongan dalam perubahan hidup yang paling mencabar ini. Seperti yang semua sedia tahu, saya akan memulakan hidup sebagai ibu tunggal. "Saya berani cakap saya tidak pernah bersemangat seperti sekarang ini. Tamparan hebat ini buat saya yakin kena lebih kental dan berdikari. Saya akan lalui semua ini. "Saya pilih untuk bina sumber pendapatan sendiri tanpa bergantung pada pihak berkenaan. Azam ini bukan sementara. Ini azam mutlak." kata menerusi Instagram miliknya beserta dengan foto dua cahaya matanya iaitu Humairah dan Umar.
Tambah Shuhada, dengan memulakan perniagaan itu juga, dia harap dapat mengubah pandangan sesetengah pihak yang menganggap ibu tunggal sepertinya hanya mengharapkan bantuan orang lain. "Saya disini untuk mengubah persepsi buruk orang pada single mother. Saya mahu keluar dari pandangan skeptikal manusia yang kata ibu tunggal selalu jadi orang yang meminta dan berhadap pada manusia untuk kelangsungan hidup anak. "Saya bukan datang dari keluarga berniaga, tetapi beruntung ada sahabat yang tidak kedekut ilmu. Jadi saya yakin boleh beri yang terbaik," jelasnya. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah,6, dan Umar,2 tahun. - CARI |
sukacactus replied at 26-2-2023 10:31 PM
Pic kat ats tu la yg ex laki gi komen 'Tahniah! Dah pakai braces' tu kan
Bengong pya ex
sukacactus replied at 26-2-2023 10:31 PM
Pic kat ats tu la yg ex laki gi komen 'Tahniah! Dah pakai braces' tu kan
Bengong pya ex
NotYou replied at 26-2-2023 10:58 PM
Ex bini pakai braces pun nak ucap tahniah ke...begok hahahaha
kikilalapooh replied at 26-2-2023 10:18 PM
Hahahaha "satu tak cukup". tamparan hebat kepada apissendu.
ADVERTISEMENT