Khai Bahar akhirnya tampil menjelaskan dakwaan mengenai dirinya mempermainkan hati seorang wanita di Twitter. Kata penyanyi berusia 28 tahun itu, isu berkenaan hanya salah faham antara dia dan individu berkenaan dan sudah menyelesaikannya secara baik.
“Saya sebenarnya tak nak komen dan ulas lagi mengenai isu tersebut. Sebab isu itu sudah pun selesai. “Saya pun tak mahu memanjangkan cerita, isu tersebut sudah berlalu beberapa minggu lalu. Ia sekadar salah faham kecil sahaja. “Bila ada dakwaan saya pernah sakitkan hati wanita, saya rasa tak pernah sakitkan hati sesiapa. “Saya sendiri takut jika saya pernah buat salah pada sesiapa sebelum ini. Bila saya nampak tweet itu tular, saya terus direct mesej tuan badan untuk selesaikan secara baik,” katanya kepada Gempak. Khai yang menjelaskan bahawa dia tidak suka jika ada masalah dengan orang lain kerana hidupnya akan mejadi tidak tenteram jika ada masalah dengan sesiapa bagaimanapun mengakui tidak mengenali individu yang menciap dakwaan tersebut.
“Saya tak kenal pun wanita yang tweet itu. Saya tanya dia apa masalah saya pada dia, kami bincang cara baik kerana ia hanya salah faham dan perkara itu sudah pun selesai,” tambahnya. Terdahulu, tular ciapan seorang wanita mendakwa Khai mempermainkan hati kawannya dan meninggalkannya tanpa alasan selepas menabur janji. - CARI |
ADVERTISEMENT