CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisar Khaled Beli Rumah Kedua RM1.5 Juta, Nak Bawa Pengikut Tunai Umrah

26-2-2023 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5082| Komen: 54

Aisar Khaled meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki rumah teres tiga tingkat berharga RM1.5 juta di usia 23 tahun

Personaliti media sosial itu akan mengubah suai rumah berkenaan menjadi ruangan pejabat untuk memajukan lagi perniagaannya.


"Ini rumah kedua saya, kali ini bukan di Kuala Lumpur tapi di Selangor. Harga rumah ini lebih kurang sejuta lebih.

"Rumah tiga tingkat ini juga akan saya gunakan sebagai pejabat nanti," katanya kepada mStar.


IG

Katanya, rumah itu juga akan dijadikan sebagai pejabat hybrid untuk dia mengembangkan lagi perniagaan yang dijalankan sebelum ini.

"Saya nak lahirkan lebih ramai usahawan, saya juga rancang nak jalankan beberapa perniagaan yang mana boleh menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.

"Pada masa sama saya juga ingin berkongsi rezeki pada mereka yang memerlukan. Itu tujuan saya beli rumah ini," katanya lagi.


Meskipun sering menerima kritikan dan kecaman netizen sebelum ini, Aisar memberitahu dia tidak terkesan atau peduli dengan kata-kata netizen itu.

"Bagi saya manusia mereka pastinya tidak pernah puas tapi saya bersyukur. Saya pun dah tak macam dulu dah banyak perkara positif mula diterima netizen.

"Jangan pernah serik sekalipun menyerah dalam perjuangan, berjuang untuk kesenangan. Dulu saya pernah malu untuk mencari kesenangan, tapi tak mematahkan semangat untuk saya terus maju ke depan.

"Dulu saya pernah jatuh saat disisirkan tapi saya teruskan hidup tanpa pedulikan sindiran. Apa yang kita usahakan bukan untuk kesenangan semata, tapi cuba untuk mendapatkan keredhaan," kongsinya.



Berkongsi tentang perancangan tahun ini, Aisar berkata dia berhasrat mahu menunaikan umrah bersama beberapa pengikut yang bertuah dalam 10 orang tahun ini, tetapi tidak pasti lagi bagaimana caranya.

Pada Mac 2022, Aisar berjaya memiliki kediaman mewah jenis kondominium bernilai RM1 juta terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal 26-2-2023 06:26 PM
Wow.....dia buat apa...tak lama lagi Malaysia akan tidak ada golongan B40
Quote Orix 26-2-2023 06:29 PM
igt iols caya ? pigidahhhh.. mcm spe tah dulu acah2 beli rumah sejuta sekali kantoi perjanjian sewa sajokkk... ke dia ni jugak dlu ? lupa dah
Quote fadz84 26-2-2023 06:37 PM
Orix replied at 26-2-2023 06:29 PM
igt iols caya ? pigidahhhh.. mcm spe tah dulu acah2 beli rumah sejuta sekali kantoi perjanjian sewa  ...

Dia ni la kan.. masa yg rumah pertama dulu...
Quote meteorspeed 26-2-2023 06:46 PM
Dia nie keje apa ek.aku keje makan gaji bulan bukan pun duk nyawa ikan beli rumah
Quote ashilalat 26-2-2023 06:48 PM
Korang percaya ke?
Quote TomyamPuteh 26-2-2023 06:50 PM
Semoga 2023 ni adalah noktah miskin tegar bak kata PM Non.
Quote nakkomenjugak 26-2-2023 07:00 PM
teringat kes todrick hall
beli rumah jota2 kononnya siap i bought my dream home sekali 2 bulan tak bayar sewa hikhik
tapi kalau betul heol beli rumah ni, congrats
Quote Orix 26-2-2023 07:13 PM
fadz84 replied at 26-2-2023 06:37 PM
Dia ni la kan.. masa yg rumah pertama dulu...

hahaha patut la ingatan iols mcm terarah pd dia ni.... adoii itupun masih nak berangan lagi
Quote zuriey 26-2-2023 07:13 PM
Rmh sejuta tp rak kasut beli shopee rm20
Quote makcik_d 26-2-2023 07:21 PM
rumah orang lain tu
Quote slyfynx 26-2-2023 07:29 PM
"Pada masa sama saya juga ingin berkongsi rezeki pada mereka yang memerlukan. Itu tujuan saya beli rumah ini," katanya lagi.


Ape yang ko cube cakap ni?
Quote hasniey 26-2-2023 07:33 PM
slyfynx replied at 26-2-2023 07:29 PM
Ape yang ko cube cakap ni?

Kan dia acah2 beli rumah mahal sbb nak buat pejabat yg akan melahirkan next jutawans
Semua ni utk anda.gitewww
Quote Belibis 26-2-2023 07:34 PM
Bila beli umah,ejen hartanah,pegawai bank yang luluskan loan dapat ler rezeki jugak.
Quote noell 26-2-2023 07:53 PM
slyfynx replied at 26-2-2023 07:29 PM
Ape yang ko cube cakap ni?

maybe dia nak buat rumah tuh rumah kebajikan mcm benon
Quote dudaberhias 26-2-2023 07:56 PM
kalau hengko yang beli iols tak percaya... kalau makcik jual nasi lemak tepi jalan yang tak popular, bukan clout chaser, tapi hari2 menjual nasi lemak... yang tu iols percaya walaupun dia tak herlok ke busuk sekalipun... siap bangga lagi iols dengan dia...

kalau hengkau ni beli pnb tower sekalipun siap bubuh nama kau kat signboard tower tu pun hakak takkan percaya... lebih baik kaka percaya cerita pakcik duduk atas gunung dan dia nampak kaki ayah pin bawah gunung...
Quote hzln 26-2-2023 08:47 PM
Ntah rumah sapa2 yg dia ni gi bergambar, rak kasut pun mcm penuh dgn kasut budak2 jer
Quote airmineral 26-2-2023 08:50 PM
dia ni sape sbrnya?
pelakon ke?
Quote margo20 26-2-2023 09:02 PM
Ngape aku tgk dia mcm pakai legging bukan seluar
Quote nena9042 26-2-2023 09:31 PM
Geli gila gambar yang last tu

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.157135 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top