"Saya ada baca komen sesetengah individu yang menyebut saya ajar perkara salah." Puteri Sarah Liyana, 37, menegaskan dirinya tiada kena-mengena dengan kemelut melanda dalam hubungan pelakon, Hafidz Roshdi dan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.
BH Online melaporkan, Sarah bertegas bahawa dia hanya memberi nasihat kepada Nurul Shuhada mengenai tindakan terhadap pihak ketiga. Akuinya, dia dihubungi Nurul Shuhada yang bercerita mengenai masalahnya melalui 'direct message' (DM) ketika berada di Madinah. "Dia meminta saya mendoakan dirinya dan bertanya apa tindakan yang perlu diambil sebab dia memang tidak tahu (hendak buat apa). "Saya tidak mahu nasihat lebih-lebih, tetapi saya ada baca komen sesetengah individu yang menyebut saya ajar perkara salah. Saya cuma cakap bagaimana hendak 'mengajar' pihak ketiga yang mengganggu rumah tangga.
"Saya jelaskan apa tindakan yang perlu diambil kepada pihak ketiga dan nasihat mengenai peguam. Apa yang berlaku dengan kehidupan dia dan apa terjadi, baru-baru ini, tiada kena mengena dengan saya," katanya. Sarah banyak memberikan kata-kata semangat kepada Nurul Shuhada kerana turut bersedih dan memahami apa dirasa ibu dua anak terbabit. "Kena fikir kesihatan mental Nurul Shuhuda sebagai mangsa. "Saya beritahu kita sebagai wanita, kena bekerja disebabkan Nurul Shuhada tidak bekerja. Dia kena ada duit sendiri. "Saya beritahu, buat apa dia nak buat dan apa hati dia mahu. Jangan buat apa yang orang suruh. Dia cakap dia tak boleh tahan, tidak tahu nak buat apa," katanya. Media sebelum ini melaporkan, adik Nurul Shuhada, Sofia mendedahkan aktor itu melafazkan cerai terhadap kakaknya menerusi panggilan telefon. Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan itu mula diperkata selepas Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita lain dikenali sebagai Athira Yuhada. - CARI
|
hanihan16 replied at 26-2-2023 05:34 PM
bila masa pulak hapis ni kawen dengan mat shukri? halaaah reporter pun.
fair_iza replied at 26-2-2023 06:10 PM
Tak salah syu nk minta nasihat drpd ps, sbb syu rs mereka sekapal. Salah ps ni dia p canang yg syu m ...
Naargees replied at 26-2-2023 06:28 PM
Kifarah utk semua.. Allah bayar cash.
Jadi manusia jgn takkabur dan SOMBONG rasa diri sentiasa betu ...
MsIda replied at 26-2-2023 11:44 PM
Tgk dia berlakon kat tv (...tak ingat citer apa ) ..I was like napa buruksss benar ...She looks old
ADVERTISEMENT