Tidak semena-mena muncul seorang wanita tidak dikenali mendakwa dirinya isteri kedua kepada penyanyi dan komposer, Harry Khalifah. Lebih parah, wanita berkenaan membuat pengakuan itu pada isterinya, Noormala.
mStar melaporkan, Harry atau lebih mesra dengan panggilan Apak, 43, berkata, wanita berkenaan meninggalkan komen di Facebook isterinya. "Wanita itu kata saya ada hubungan dengannya. Dia juga mengaku sebagai madu isteri saya. Siap cakap dah dua tahun bermadu dan minta isteri jangan serang dia. "Dia kongsi perbualan saya dengan wanita itu menggunakan gambar saya siap ada bahasa lucah lagi. Saya pelik macam mana dia tahu gambar WhatsApp saya sedangkan hanya orang terdekat sahaja yang tahu. Tapi saya menang apabila anak-anak kata itu bukan penulisan saya. "Gaya penulisan dia lain, bahasa yang digunakan pun lain sangat. Tapi saya percaya ini kerja orang dekat," katanya kepada mStar. Malah, Noormala yang kini hamil sembilan bulan diganggu sejak Jumaat lalu dengan panggilan serta mesej daripada wanita tersebut. Apak bagaimanapun bersyukur isterinya sudah kembali bertenang selepas dia memberi penjelasakan dan menganggap apa yang berlaku sebagai satu ujian. "Nasib baik isteri saya tak angkat panggilan telefon itu, tapi bila periksa balik kami memang saling tak kenal kerana dia bukan rakan Facebook saya. "Dia juga hanya cari isteri saya sahaja, saya tak tahu apa dia nak. Mungkin nak duit. Tapi kalau orang rumah saya tak berbincang dengan saya dulu memang habis saya. "Isteri saya sekarang sedang mengandung, sedih dia bila terima mesej macam ini. Tapi sekarang isteri saya pun dah kembali bertenang macam biasa selepas dengar penjelasan saya. Cuma dia terkilan apabila lihat mesej tersebut ada gambar saya. "Apa pun saya anggap perkara yang jadi ini sebagai satu ujian. Orang kata semakin kita dikenali makin ramai yang cuba nak jatuhkan kita," jelasnya. - CARI |
adelea replied at 25-2-2023 08:47 PM
Anak sulung tu kan yg nyanyi lagu “kenapa awak tak cakap dr mula ….”
Lailerthee replied at 25-2-2023 08:51 PM
Termarah emosi ku tak sengaja
adelea replied at 25-2-2023 08:47 PM
Anak sulung tu kan yg nyanyi lagu “kenapa awak tak cakap dr mula ….”
KBW2 replied at 25-2-2023 09:14 PM
meletop2 lagu budak ni, orang seberang banyak suka lagu ni. sungguhpun suara gitu-gitu jahh.
adelea replied at 25-2-2023 09:16 PM
Iols pon suka ..
Lagu santai santai , fefeeling naik vespa gitue
ADVERTISEMENT