Waktu operasi perkhidmatan pasprot di pejabat pengeluar pasport terpilih dan semua pejabat UTC akan dipanjangkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mulai 28 Februari (Selasa) depan. Dalam hebahannya di Facebook, JIM memaklumkan ia melibatkan 20 cawangan pejabat pengeluaran pasport Malaysia di seluruh negara yang beroperasi tujuh hari seminggu, lapor Kosmo! Online.
“Ia melibatkan cawangan Menara Ikhlas, Jalan Duta, Wangsa Maju, Shah Alam, Kelana Jaya, Kajang, Puchong, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Ayer Keroh, Seberang Jaya, Taiping, Teluk Intan dan Lumut pada Isnin hingga Khamis bermula pukul 8 pagi hingga 7 malam manakala Sabtu dan Ahad pada pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari. “Manakala bagi Setia Tropika, Kulai, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kulim bermula pukul 8 pagi hingga 7 malam pada Ahad hingga Khamis, Jumaat dan Sabtu pula pada pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.
“Bagi UTC di Perlis, Pahang, Kedah dan Terengganu akan beroperasi setiap hari termasuk hujung minggu bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang,” ujarnya,” katanya. - CARI |
ADVERTISEMENT