CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebulan Berhabis RM3,000 Makan Menu Rahmah, Lelaki 7 Anak Teruk Dihentam Netizen

25-2-2023 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6444| Komen: 97

Diberi betis, hendak paha pula. Itu perumpamaan sesuai buat segelintir pihak yang mempertikaikan inisiatfi kerajaan, hidangan Menu Rahmah yang dijual pada harga serendah RM5.

mStar memetik hantaran seorang lelaki di Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini yang tidak berpuas hati apabila konsep menu tersebut memakan belanja yang besar buat keluarganya. Hantaran itu kemudian tular di Twitter.



Gambar hiasan

Bagaimanapun, dakwaannya itu memakan diri apabila dia teruk dihentam warganet yang menyifataknnya tidak bersyukur.

"Dah tau sembilan mulut mahu makan, masak la di rumah. Kenapa nak makan Menu Rahmah di kedai setiap hari sampai dua kali sehari? RM90 boleh beli lauk untuk dua minggu.

"Adoi bang. Anak dah sampai tujuh masih makan luar hari-hari ke? Masak la bang. Lagi jimat. Satu keluarga boleh tolong-menolong masa masak.

"Kalau dah hari-hari kau satu keluarga mencekik kat luar, bukan kata Menu Rahmah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pun tak sanggup nak bela.


"Tauke lembu pun muflis kalau dua kali sehari makan kedai hari-hari sembilan beranak," tulis beberapa netizen yang dipetik mStar.



Pun begitu, segelintir warga maya menyokong kenyataan lelaki berkenaan selain menggesa kerajaan menurunkan kos barang mentah sebagai penyelesaian jangka panjang. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 25-2-2023 06:37 PM
Dasar bangsa subsidi pemalas.....tahu komplennnnnnn je sampai mampos
Quote Skuau 25-2-2023 06:40 PM
'KESALAHAAN TIDAK(/MAHU) MEMAHAMI KONSEP PERKARA'.
Quote Samerosie 25-2-2023 06:45 PM
Maaf le ckp, tu sbb taraf hidup some people tak meningkat. Sebab pemikiran macam ni lepas tu rasa tersangat pandai/betul.

Dah kenapa kau nak mkn menu rahmah ni 2 kali sehari tiap2 hari cib@i. Kau laki bini pandai mengesek je tapi memasak tak reti2? Dah tu saggup perabih duit minyak keta cari menu rahmah ni? Tak taulah aku nak ckp apa.
Quote _blackbird 25-2-2023 06:45 PM
ntah siapa yg salah ku tak tahu. huhuhu.
ntah la nok kalau ko newlywed ok la kot sehari 3x ko bantai nasi rahmah pon. ni anak 7 pon malas aku nak mencerca. anggap je la heshe laki bini bodoh matematik
Quote chandrahusin 25-2-2023 06:49 PM
Pemalas tol laki bini
Ke saja lapar perhatian
Anak 7 tu masak la sup ayam 2 ekor
Boleh makan dgn nasi dgn mi/mihun/kuetiau
Quote faraway1 25-2-2023 07:17 PM
Laki bini pemalas nak masak apa? Ayam sekor plus nadi tak boleh masak, goreng telur plus nasi lagi mahal ke dari menu rahmah 9 mulut makan kat resto..?
Quote _kelly 25-2-2023 07:24 PM
ni la miskin kekal miskin..dah miskin bodoh pulak, dah bodoh sombong lagi
Quote immi 25-2-2023 07:32 PM
Malaysia ke arah negara rakyat bersabsidi termalas
Quote cmf_almondpecan 25-2-2023 07:48 PM
Katakanlah orang ni memang sejak dulu makan kat luar 2 kali sehari untuk 9 beranak. So sebelum menu rahmah tu harga utk makanan yg sama tu murah lagi ke berbanding menu rahmah? Dah tentu tidak kan? So dia bandingkan harga makan luar rahmah ni dengan apa sebenarnya? Dengan kos masak sendiri kat rumah? Then it's not apple to apple. Kena banding makan luar vs makan luar juga. Harga kat kedai sebelum rahmah vs selepas rahmah
Quote gekkou 25-2-2023 08:16 PM
sejenis bangsa semua nk subsidi kan
kalau p travel pandai plak kau berbelanja
konon2 'nak merasa' tempat org
kat negara sendiri bebal tak mampu hidup
dah tau sejenis pemalas
buat apa kau beranak ramai2?
Quote kam3n 25-2-2023 08:21 PM
limesherbet replied at 25-2-2023 06:51 PM
2 minggu masak lauk rm90 masak ape murah sgt tu?

I nak bersangka baik....wife dia tak reti masak ...

Telur, tauhu, tempe barangkali.

Saya tak boleh nak bersangka baik bab kemungkinan bini sakit. Kalau sakit, gagah pulak nak keluar makan 2x sehari jauh2 ramai2
Quote Atata 25-2-2023 08:24 PM
Tayah ambik serius, ni org pembenci kerajaan skrg la tu. Saja nak buat point ngan dasar2 atau bantuan2 kerajaan. Tiap kerajaan ada je puak2 pembenci
Quote kakikuDibibirmu 25-2-2023 09:17 PM
Kos bahan mentah takkan turun selagi akta gaji minimum RM1,500  tidak dimansuhkan dan perang Rossiya-Yukraine berterusan
Quote kotakominami 25-2-2023 10:06 PM
Ntah betul ke tidak....
Quote ctaz 25-2-2023 10:16 PM
Sebulan Berhabis RM3,000 Makan Menu Rahmah, Lelaki 7 Anak Teruk Dihentam Netizen



kalau beli bahan mentah...tak lebih kot 1k...
ke lapo perhatian....


ini mcm punya olang pun ada ke....
bangla ngan indon pun reti beli bahan mentah lepas tu masak kat rumah
Quote rospinki 25-2-2023 10:23 PM
Ni jenis sengaja menampakkan kebodohan sdri atau nk bgi nmpk satu bangsa tu xhbis2 merungut jenis menganjing konon nmpkla bangsa tu bangsat sgt. Anak 7 kot takanlah gigih hari2 makan menu rahmah. Tak lojik.
Quote iraizz 25-2-2023 10:45 PM
Samerosie replied at 25-2-2023 06:45 PM
Maaf le ckp, tu sbb taraf hidup some people tak meningkat. Sebab pemikiran macam ni lepas tu rasa te ...

Lepas tu belum tentu ketujuh tujuh anak makan habis licin menu rahmah tu, mesti ada berlaku pembaziran jgak.. Masak kat rumah je la, kenapa lah ngok sangatt
Quote Suchi 25-2-2023 10:52 PM
Murah ler sekali makan baru rm45 utk 9 beranak.

Biasanya 4 beranak dh rm100 utk sekali makan kalau pi makan kat luar.
Tu pun kira murah laaa sbb mmg mahal skrg ni.
Makan nasi campur pun mahal sepinggan la ni belas2 ringgit.
Quote n3ar 26-2-2023 12:29 AM
Masalahnya menu rahmah ni di spin oleh sesetengah orang...

Aku nampak menu rahmah ni bukan la penyelesaian utk harga barang naik..

Tapi lebih kepada kemudahan utk pekerja dapatkan makanan dgn harga murah, tak kira b40, m40 t20...

Sedikit sebanyak dapat la jimat duit masa kerja.
Bukannya dia suruh ko makan menu rahmah hari2 sampai sebulan.. Tp ada yg bengap pikir camtu.. Dalam isu ni, menu rahmah ni pun bukan inisiatif kerajaan pun, kerajaan setakat galakkan restoran swasta turut serta tanpa kerajaan keluar duit..

Kalau isu utama, harga barang masih tak dapat dikawal memang betul..patut ada tindakan diambil

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.107961 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top