Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), seakan-akan bengang dengan hantaran Liridon Krasniqidi laman sosialnya. Sinar Harian melaporkan, ia berikutan tindakan pemain pinjaman JDT itu meluahkan sokongan kepada pasukan baharunya, Terengganu FC (TFC) sempena aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah.
Dalam hantarannya, pemain berusia 31 tahun itu membuat ucapan maju jaya sebelum pertembungan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada malam Jumaat. "Selamat maju jaya rakan sepasukan. Sayangnya, saya tidak dapat bersama pada aksi kali ini. Jangan putus asa, kita mampu melakukannya," kata Liridon yang dibalas Tunku Ismail yang mengesyorkan rakan sepasukan baharu membayar gajinya.
"Beritahu rakan sepasukan kamu untuk bayar gaji kamu," balas Tunku Ismail. Hantaran tersebut bagaimanapun selepas itu dipadam kedua-dua mereka. Menuru laporam, pemain naturalisasi itu tidak dapat diturunkan susulan syarat pinjaman yang dipersetujui kedua-dua pasukan yang menetapkan pemain JDT berstatus pinjaman tidak boleh beraksi menentang skuad Harimau Selatan. JDT pada aksi pembuka tirai Liga Malaysia itu, memenangi piala berkenaan setelah mengalahkan TFC 2-0. - CARI |
SalenaGomez replied at 25-2-2023 08:38 PM
Alaaaa x faham laa cite nya…ada sesiapa boleh tolong elaborate kan
lostnfaun replied at 25-2-2023 11:39 PM
JDT bagi pinjam player dia dkt terengganu dgn syarat gaji JDT byr tapi bila lwn JDT player tue tak ...
she replied at 25-2-2023 06:36 PM
Teringat uHigh main untuk GeekFam sampai ke peringkat global
UHigh player Malaysia yang bermain den ...
SalenaGomez replied at 26-2-2023 12:03 AM
Oooo ok baru faham…
But by etiqally,preferable/ better player tu not to wish or silent, sbb for ...
allshares replied at 26-2-2023 12:50 AM
Acik cite psl pubg ke nih
jazaa100 replied at 26-2-2023 05:41 AM
Setuju dgn SG.....
Tak paham knp kat sini nk hentam TMJ....
ADVERTISEMENT