CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelarian Syria Tak Puas Hati Dengan Sumbangan Kejar, Panjat Lori Bantuan

25-2-2023 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1266| Komen: 9

Tidak puas hati kerana tidak mendapat sumbangan makanan, seorang pelarian Syria melompat masuk ke belakang lori dan kehadirannya hanya disedari selepas lori bergerak lebih dua kilometer serta memasuki kawasan lebuh raya.



Utusan Malaysia melaporkan, seorang pelarian Syria melompat masuk ke belakang lori kerana tidak puas hati tidak mendapat sumbangan makanan.

Kehadirannya hanya disedari selepas lori bergerak lebih dua kilometer serta memasuki kawasan lebuh raya dan apabila ia berhenti di tepi jalan untuk menyuruhnya keluar, muncul pula sebuah motosikal yang rupa-rupanya mengekori lori berkenaan sejak dari lokasi penyerahan bantuan kerana mahukan lebih banyak sumbangan.


Pelarian Syria di Antakya, Turkiye mengerumuni lori yang membawa bantuan sumbangan Muslim Care Malaysia.

Itu antara situasi dialami sukarelawan Muslim Care Malaysia (MCM) ketika menyampaikan bantuan kepada pelarian Syria yang menjadi mangsa gempa bumi di sekitar bandar ini pada 23 Februari 2023.


Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar berkata biarpun matlamat utama anggota misi kedua MCM seramai sembilan orang itu adalah menyampaikan bantuan di Syria, namun mereka tidak melepaskan kesempatan untuk menyaksikan kesan gempa di Antakya.

Antakya antara bandar yang paling teruk terkesan akibat gempa bumi berskala 7.8 magnitud yang berlaku pada 6 Februari lalu, di mana hampir separuh daripada kira-kira 400,000 penduduknya merupakan pelarian Syria.

Difahamkan, RM350,000 diperuntukkan untuk membantu mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye menerusi misi kumpulan kedua ini selepas kumpulan pertama seramai lima orang pulang pada 14 Februari lalu.

Daripada jumlah peruntukan itu, lebih RM10,000 digunakan untuk bantuan pek makanan kepada 50 keluarga pelarian Syria di sekitar bandar ini terutama mereka yang masih tinggal di dalam khemah.

“Turut menjadi mangsa ialah keluarga petugas MCM (cawangan) Turkiye/Syria. Ada yang terbunuh, cedera dan mayat masih belum berjaya dikeluarkan daripada runtuhan.

“Malah, Pengarah MCM Turkiye/Syria, Muhammad Khatib sendiri menunjukkan kepada kami lokasi di mana bapa saudara dan sepupunya masih belum berjaya dikeluarkan daripada runtuhan pangsapuri tempat mereka tinggal,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan bangunan dilakukan dengan begitu agresif dengan deretan jentolak serta lori memenuhi setiap kawasan terjejas.

Pujian juga harus diberi kepada pihak berkuasa tempatan yang begitu pantas membaiki beberapa jalan raya utama yang rosak bagi memastikan urusan jalinan pengakutan bandar ini dengan kawasan berhampiran tidak lumpuh.

Biarpun sudah hampir tiga minggu berlalu, gempa susulan masih lagi berlaku dengan yang terbaru berukuran 4.7 magnitud pada jam 6.50 petang, 23 Februari ketika peserta misi MCM baru selesai menunaikan solat maghrib berjemaah di lokasi penginapan di Iskenderun.

Angka kematian terkini direkodkan akibat gempa bumi pada 6 Februari lalu sudah mencecah 50,000 orang dengan lebih 43,000 di Turkiye manakala bakinya di Syria.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KrissaAdam 25-2-2023 07:26 PM
Edited by KrissaAdam at 27-2-2023 01:52 PM

Itu sangat menakjubkan. Saya ingin memberi sedikit bantuan Derma. PMP Payslip Registration
Quote eyansss 26-2-2023 04:55 AM
ada orang malaysia kat sana cerita, syrian ni kalau sumbangan dari malaysia, diorang lekehkan aje…  siap campak2…  dok kejar yang mat saleh bagi je…
Quote cashewnut 26-2-2023 10:26 AM
Cuba u all baca pasal orang syria sebelum perang, baru boleh hadam kenapa jadi macam tu. Masa senang tak ingat dunia kan
Quote DARSITA 26-2-2023 11:12 AM

Di sini kebanyakkan kutipan donation banyak dibuat utk mangsa Turki tak tau kenapa. Mungkin sebab org Turki bersungguh sungguh cari bantuan/kutip bantuan utk rakyat mereka. Atau mungkin Turki ada kapal terbang sendiri so segala kutipan terus dibawa masuk Turki tanpa ada sebarang masalah. Contoh hari Sabtu kumpul segala donation hari Isnin dah diterbangkan ke Turki.

Quote DARSITA 26-2-2023 11:14 AM
cashewnut replied at 25-2-2023 06:26 PM
Cuba u all baca pasal orang syria sebelum perang, baru boleh hadam kenapa jadi macam tu. Masa senang ...



Sama jer dgn Turki sampai ada yg Islam tak reti bersyahadah.


Quote ladybugz 26-2-2023 12:05 PM
sungguh menakutkan gempa di turki n syria. semoga Allah swt memberi mereka kekuatan dan ketabahan untuk bangkit semula. tak perlu rasanya ckp mcm2 kepada mereka sbb mereka adalah mangsa2 ya g terdesak. moga kita semua dijauhkan dari segala bala bencana amin.
Quote matryoshka 26-2-2023 01:28 PM
DARSITA replied at 26-2-2023 11:12 AM
Di sini kebanyakkan kutipan donation banyak dibuat utk mangsa Turki tak tau kenapa. Mungkin sebab o ...

Maybe pasal blockade by the Syrian government kot?
Quote krustykrab 26-2-2023 01:49 PM
TT ni hauk sungguh la penulisan kamu.
Sila masuk kelas penulisan dulu la.
Quote H0rr0rfan 26-2-2023 02:00 PM
Rm10,000 untuk bantuan makanan tu apa la sangat. Majoriti yang terkesan sebab gempa ni adalah kawasan pemberontak dan memang sangat daif. Rejim Assad tak beriya nak tolong. Aku ada baca entah kat mana yang sebuku roti kat sana RM20-30/sebab bekalan sikit sangat. Kalau setakat nak bagi bekalan makanan RM10,000, baik tak payah datang. Nampak tak ikhlas. Kos staf MCM 3 orang ke sana pun dah lebih RM10,000.

Ada sorang expat Syrian bagitahu aku yang majoriti orang kat sana perlukan makanan especially roti. Kenapalah daripada RM350,000 yang MCM kumpul tu, hanya RM10,000 untuk makanan. Hanya 300-400 buku roti yang dapat dibeli. Tapi aku rasa pek makanan yang MCM bagi tu mungkin yang jenis non-perishable. Anyone from MCM here that can clarify?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.112795 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top