Dua pelajar sekolah menengah ditahan bagi membantu siasatan berhubung video tular tidak berpuas hati terhadap kertas soalan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Kosmo! melaporkan, kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di dua lokasi berasingan di Batang Kali pada pukul 9.30 malam semalam. Tangkapan dilakukan berikutan laporan dibuat seorang guru wanita berusia 53 tahun di Balai Polis Batang Kali yang mendakwa beliau menerima satu video TikTok memaparkan pelajar lelaki berseragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan peperiksaan SPM mata pelajaran Sejarah. “Dalam video berkenaan pelajar itu juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan mata pelajaran Sejarah serta menghina negara Singapura,” kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah dalam kenyataan hari ini.
Dalam tangkapan itu, polis turut merampas barangan kes iaitu sebuah telefon bimbit jenama Iphone 11 manakala saringan air kencing yang dijalankan mendapati mereka negatif dadah. Tambahnya, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Dalam masa sama, orang ramai dinansihati menghentikan sebarang penyebaran video yang boleh megisatkanbserta mengelirukan masyarakat sehingga mencetuskan perbalahan. - CARI |
imransulaiman replied at 25-2-2023 06:02 PM
Dalam video tu dorang cakap apa?
makita replied at 25-2-2023 06:24 PM
Dia duk ulang2 perkataan 'lunch hour'(chuols sebut laju2) .Spore...lain2 meols lupa dah
Suchi replied at 25-2-2023 06:30 PM
Pg td ada tgk video dia kat page the reporter tu,
Ingatkan budak ni duk johor rupanya selangor
Yelaa ...
SalenaGomez replied at 25-2-2023 08:43 PM
Apa2 pon SG rasa kurang sesuai buat penahanan tu…bagi laa budak tu settlekan SPM dia dulu… maybe ...
imransulaiman replied at 25-2-2023 06:30 PM
Ooooooooo cau cin cau.. Ok, faham.
Calon SPM ni tak sedar ke dorang dah 18 tahun bukan juvana lag ...
Suchi replied at 25-2-2023 08:46 PM
Tahan hari cuti ni je kot harapnya gitulaaa, yg buat report pun cikgu sis.
So kena tanya cikgu tu ...
ultra78 replied at 25-2-2023 08:54 PM
Budak-budak generasi Gen Z dan tiktok
ADVERTISEMENT