CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Parah, 3 Anak Dan Suami Cedera Ringan Kerbau Dirempuh Melambung Hempap Bumbung Kereta

24-2-2023 07:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2823| Komen: 25

Seekor kerbau melambung dan menghempap bumbung kereta lima sekeluarga dalam kemalangan di Kilometer 2.6, Jalan Pintas Pasir Puteh-Tok Bali, di sini malam tadi.

Utusan melaporkan, kejadian itu menyebabkan seorang wanita parah manakala suami dan tiga orang anak cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka merempuh haiwan berkenaan.



SEEKOR kerbau melambung dan menghempap bumbung sebuah kereta di Kilometer 2.6, Jalan Pintas Pasir Puteh-Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi.-UTUSAN/IHSAN PEMBACA

Difahamkan, wanita tersebut duduk ditempat duduk penumpang depan cedera dipercayai akibat dihempap haiwan tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria mengesahkan kejadian berkata, siasatan mendapati, seorang lelaki berusia 27 tahun memandu kereta jenis Volkswagen Jetta bersama empat penumpang.

Menurutnya, semasa tiba di kawasan berhampiran Pasar Borong Pasir Puteh, kereta tersebut merempuh seekor kerbau yang dipercayai berada di laluan Tok Bali.

“Kejadian itu menyebabkan kerbau tersebut melambung sebelum menghempap bumbung kereta yang dinaiki kelima-lima mangsa.

“Pemandu kereta dan tiga kanak-kanak yang duduk di tempat duduk belakang cedera ringan manakala seorang wanita cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 24-2-2023 07:29 PM
Astaghfirullah..
Sian kt org.
Nengok kerbau tkangkang gituh pn kesian.
Tolong saman tuan kerbau.
Quote ctaz 24-2-2023 07:57 PM
kena buat satu undang2 khas utk ternakan yg merayap kendian mengakibatkan kemalangan....
Quote airmineral 24-2-2023 08:23 PM
kesian kobau tu
Quote noor2 24-2-2023 08:28 PM
Laju sgt ni sb kerbau besar tu boleh melambung
Quote mikasa 24-2-2023 08:31 PM
Aku berani beat....driver mesti bawak lebih 100kmh ni. Kalau tidak camana laa kerbau yang berat tu boleh tercampak landing atas kereta. Kalau perlahan mesti kerbau masih hidup andai kata dia terlompat waktu perlanggaran pada 50kmh
Quote sekngucing 24-2-2023 08:33 PM
noor2 replied at 24-2-2023 08:28 PM
Laju sgt ni sb kerbau besar tu boleh melambung

iya laju sangat
kalau dia kata laluan pintasan ke tok bali maksudnya jalan baru tu ..i pernah lalu sekali sahaja.. gelap..kiri kanan kawasan kubang dan paya tempat kerbau..kena hati2 lah...
Quote sekngucing 24-2-2023 08:34 PM
mikasa replied at 24-2-2023 08:31 PM
Aku berani beat....driver mesti bawak lebih 100kmh ni. Kalau tidak camana laa kerbau yang berat tu b ...

iya..kawasan tok bali-pasir puteh ni sempadan dgn ganu
kawasan kerbau..lembu..penduduk pun kurang..area mcm paya dan padang rumput mcm tu..lampu pun takda
Quote Carcosa 24-2-2023 08:49 PM
Meols selalu terapkan dlm otak, kalau kau bwk laju, apa pun kau tak sempat bertindak kalau ada apa2 tetiba depan mata. Kalau org kata, alah dah kerbau tu diri tgh2 jalan, camner.
Ya, betul. Tapi kalau kau tak laju, kau either sempat brake, or sempat elak, or even kalau kau terpaksa rempuh kerbau tu sekalipun, impact dia tak sekuat sampai melambung haiwan tu. Kerbau hoiii, bukan kambing. Kerbau berat tu. Smp melambung tu, lajulah tu
Quote dudaberhias 24-2-2023 08:50 PM
wauuu kurlast ko terbang dan terbaring ala2 superman gittewww...
btw sah2 la laju... kawasan ni tak silap gelap gelita macam hutan je...

tempat stop yang ada pekan2 tu pun area nak ke pulau perhentian tu...
tapi best yach situ...
Quote noor2 24-2-2023 09:13 PM
sekngucing replied at 24-2-2023 08:33 PM
iya laju sangat
kalau dia kata laluan pintasan ke tok bali maksudnya jalan baru tu ..i pernah lalu ...

Kereta jenis Volkswagen mmg selalu laju....
Quote FlexyFox 24-2-2023 11:01 PM
Ya Allah. Kesiannya mangsa dan kerbau tu juga. Aku biasa terlanggar lembu tapi lembu tu ok jer setakat melelong pening2 lalat gitu. Ni kerbau lagi sendo dari lembu nih boleh melambung gitu. Laju sangat ke biasa pun boleh jadi gitu. Aku dulu sempat la juga brake tapi langgar juga la..Tuan lembu kerbau ni sepatutnya masukkan ternakan dlm kandang lah, jgn biar merayau sampai ke jln. Kalau ada sign board lembu lintas pun kalau mlm  gelap payah juga tu nak nampak.
Quote pocongkiutss 24-2-2023 11:08 PM
Carcosa: Meols selalu terapkan dlm otak ...

Setuju sgt2
Quote Jitu 24-2-2023 11:16 PM
mesti takde sape yg akan mengaku tuan kerbau tu
Quote babyLON. 24-2-2023 11:25 PM
kerbau ni jangan main², kita yg dlm kereta boleh mati kalau terlanggar dia. aku pernah hampir accident langgar kerbau yg lari melintas nasib baik brake melekat, so langsung tak touch dia wlupun da depan mata. masa tu gelap lampu jalan pun tarakk dia pulak warna kelabu mmg tak nmpk. lepas tu terus main high beam dgn kereta yg dtg arah bertentangan supaya dorg waspada.

takziah utk family ni. mcm yg forumer atas ckp mmg laju ni lebih 100kmh. bawah dr tu mesti dpt brake punya.
Quote VespaSilbe 24-2-2023 11:28 PM
Teruk depan belakang
Mau terduduk owner kereta
Quote nini_azmi 24-2-2023 11:46 PM
Allah sian tgk kerbau tu. Kerbau tu idup ke mati
Quote nini_azmi 24-2-2023 11:48 PM
Carcosa replied at 24-2-2023 08:49 PM
Meols selalu terapkan dlm otak, kalau kau bwk laju, apa pun kau tak sempat bertindak kalau ada apa2  ...

Setuju. Iols n husband mmg spesies bwk kete ikut kelajuan. Kalu kat hiway iols tgk meter 120 pun dah bising kat husband.
Tak suka jenis2 org yg bwk kete mcm takde tamadun
Quote aienul 25-2-2023 12:35 AM
Harap tak ada la kemalangan jiwa. Kesian pulak tengok kerbau tu
Quote sailormars 25-2-2023 01:03 AM
kesian mangsa...dan kesian juga dekat kerbau...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.039272 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top