CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Murid SJKT Di Pedalaman Tak Ramai Akan Diteliti KPM

24-2-2023 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 455| Komen: 0

Isu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di kawasan pedalaman yang mempunyai bilangan murid sikit akan dibincangkan Kementerian Pendidikan (KPM) akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).


Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata kementerian sedang mencari kaedah jangka masa panjang bagi menyelesaikan isu berkenaan agar sekolah Tamil di kawasan pedalaman dapat terus beroperasi.


Lim menjawab pertanyaan media pada Majlis Penyerahan Kunci Projek Pembinaan Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gunung Rapat hari ini. - Foto BERNAMA

"Ada beberapa sekolah yang kurang murid terutama di (kawasan) perladangan dan Felda. Ini kita akan teliti satu demi satu," katanya selepas merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gunung Rapat di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasamy dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) M.Thulsi Thivani.


Difahamkan sebanyak 367 SJKT di negara ini mempunyai bilangan murid kurang daripada 150 orang pada satu-satu masa.

Mengenai projek pemulihan dan penyelenggaraan sekolah dikategorikan sebagai projek 'sakit', Lim berkata terdapat beberapa punca mengakibatkan kelewatan persiapan termasuk kenaikan kos bahan mentah dan masalah pekerja kontraktor binaan.

Bagaimanapun, beliau berkata KPM terus memberi perhatian serius agar projek menaik taraf atau memindahkan ke bangunan sekolah baharu yang telah diluluskan kerajaan akan disegerakan.

"Setiap negeri, ada projek-projek sekolah sakit tersendiri, ini kita tidak menafikan. Banyak lagi projek masih dalam perancangan," katanya.

Sementara itu, SJKT Gunung Rapat yang dibina pada 1954 dan terletak di kawasan padat di tengah-tengah pekan Gunung Rapat, hari ini mendapat tapak dan bangunan baharu selepas 10 tahun.

Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.063511 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top