Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) akan menubuhkan pasukan khas untuk membanteras aktiviti pornografi dalam kalangan kanak-kanak, lapor Sinar Harian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama melibatkan pelbagai agensi juga akan dilaksanakan bagi mencari pelaku yang terlibat dalam kegiatan tersebut. “Bahagian D11, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak lebih agresif dalam menyiasat kes-kes seksual, wanita dan kanak-kanak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat. Sumber: SInar Harian
|
ADVERTISEMENT