Farid Kamil bersyukur salah satu doanya iaitu membawa keluarganya menunaikan umrah telah dimakbulkan. Kata pelakon dan pengarah berusia 41 tahun itu kepada mStar, ia merupakan harapan dan cita-citanya sewaktu pergi bersendirian pada 2017.
Tambahnya, dia berasa gembira melihat isterinya, Diana Danielle tekun melakukan ibadah sepanjang di Makkah manakala anak-anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora pula teruja melihat Kaabah dengan lebih dekat. "Kegembiraan mereka berada di sana terserlah... macam Diana, dia dapat keseronokkan untuk lakukan ibadah, anak saya pun walaupun mereka belum Mumayyiz tapi mereka dapat laksanakan ibadah tersebut. "Muhammad paling teruja apabila melihat Kaabah, buatkan saya rasa nak bawa dia lebih dekat lagi untuk melihatnya. Dengan kudrat yang ada saya berjaya angkat Muhammad untuk sentuh Kaabah. "Ini pengalaman yang sukar saya luahkan dengan kata-kata. Sebagai seorang beragama Islam hati kita ini milik Allah. Apabila saya berjaya beri penerangan dan mereka hargai perkara itu," ujarnya.
Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT