Kuliah magrib Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dibatalkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tindakan JAIS itu susulan penceramah popular berkenaan tidak mempunyai tauliah mengajar agama di Selangor.
Pengarahnya, Datuk Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan itu tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor, lapor Sinar Harian. "Semua individu yang mengajar tentang agama di Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan. "Pihak masjid atau surau tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enekmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. UAI menerusi kemas kini di Facebook pada Jumaat memohon maaf susulan kuliah maghrib di masjid tersebut dibatalkan atas kuasa JAIS. - CARI
|
MikeSin replied at 24-2-2023 04:25 PM
perlu tindak tegas yang duk jaja title “ustaz” tapi x bertauliah
ilmu agama pun cetek
semedang duk ...
nakkomenjugak replied at 24-2-2023 11:11 PM
bisnes air liur ...
monsterwife replied at 24-2-2023 06:00 PM
Habis tu pu bebird bini jah dok berceramah tu apa citer?
Suchi replied at 25-2-2023 06:52 AM
Beza betul komen kat forum ni dengan kat fb,
Kat fb ramao giler org ngamuk marah2.
Influencer pun da ...
ADVERTISEMENT