CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Peniaga Luar Bandar Tak Percaya e-Wallet Ganti Urusan Tunai

24-2-2023 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1635| Komen: 9

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata, masih ramai peniaga di kawasan luar bandar belum dapat menerima perubahan peralihan transaksi runcit secara digital.


Lapor Utusan, majoriti mereka tidak percaya urusan tunai boleh digantikan dengan perkhidmatan e-dompet (e-wallet). 


Gambar hiasan - Soya Cincau

“Untuk mengubah minda peniaga luar bandar adalah satu cabaran yang sangat besar. Mereka masih berpegang kepada urusan jual beli secara tunai lebih baik, dan bukan secara digital melalui perkhidmatan e-wallet.

“KPDN mensasarkan 10 peratus daripada 40,000 peniaga yang telah berdaftar di negeri ini untuk beralih kepada transaksi runcit dilaksanakan secara digital selepas ini.

“Kita akan berusaha bagi memastikan seluruh peniaga mula mengggunakan perkhidmatan e-wallet bagi sebarang urusan jual beli, kerana Melaka telah dipilih sebagai projek rintis untuk Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) menjelang 2025,” katanya dalam sidang akhbar selepas Taklimat ReDI di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Machap Jaya, Bukit Bulat di sini semalam.


Ia berbeza dengan peniaga di bandar khususnya di kawasan tumpuan pelancong Banda Hilir yang tidak berdepan sebarang masalah kerana rata-ratanya telah menggunakan sepenuhnya transaksi runcit secara digital.


NORENA Jaafar (lima dari kanan) melihat peniaga mendaftar bagi perkhidmatan e-wallet selepas Taklimat ReDI di Kompleks Japerun Machap Jaya, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP

“KPDN telah mula menggerakkan anggota bertemu peniaga di pasar malam, kedai runcit, bengkel kenderaan dan pelbagai kedai pengkhususan bagi menerangkan pentingnya penggunaan perkhidmatan e-wallet dan urusan jual beli,” ujarnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sumijelly 24-2-2023 04:23 PM
aku prefer lagi e wallet.. sbb nampak transaski amount mana pergi.. kalau cash tu mcm air ko.. sekali balik bapak banyak aku beli hahahahaha
Quote ina_na 25-2-2023 11:19 AM
Aku yg kat bandar ni pun x semua kedai guna ewallet..kalo tepi jalan LG la .Tu sbb sll nk beli tp x jd bl sbb cash x de..nk on9 xeleh pulak...
Quote zacks 25-2-2023 11:38 AM
Sebab pakcik makcik jual nasi lemak tepi jalan tu main cuci duit, takmau bayaq cukai perniagaan kat kerajaan.

Quote Skuau 25-2-2023 12:05 PM
Edited by Skuau at 25-2-2023 12:19 PM
sumijelly replied at 24-2-2023 04:23 PM
aku prefer lagi e wallet.. sbb nampak transaski amount mana pergi.. kalau cash tu mcm air ko.. sekal ...


aku lg suka cash...nampak la wallet tu mkin..nipis...boleh la...AKU....sendiri mau ingat......
Quote gigahertz 25-2-2023 02:44 PM
ada 3 sebab kenapa ekonomi malaysia nampak mantap :

a) Subsidi
b) hutang
c) Ewallet

kalau hari ini tahun 1998 . nescaya malaysia sudah bankrupt.
Ringgit makin tiada nilai. eksport makin mahal.
Ringgit bakal menjadi seperti Rupiah. banyak kosong kosong dan kosong di belakang.
guna ewallet bayar tak perasan harga barang tu mahal,
Quote ninja boy 25-2-2023 02:54 PM
Edited by ninja boy at 25-2-2023 03:24 PM

Ai suka pakai cash utk grocery petrol mkn kedai anggaran total rm500 per month, paywave ewallet qr tng itu jarang pakai, kadang2 x pakai langsung dlm sebulan. Henpon bateri asyik habis dan malas selongkar kad
Quote monreyes 25-2-2023 04:27 PM
senang aje nak ajar mrk...
xde QR x yah beli...
org pun dah malas nak kluarkan duit...
Quote ladybugz 26-2-2023 12:09 PM
entahla. kene mantap juga system e wallet ni. ada kedai takdak line la apa la. last2 kena pi ambik cash juga.
Quote dekmieDandy 28-2-2023 09:49 AM
itular, weekend haritu nak pergi pasar malam, nak singgah atm semua rosak/habis duit, sebab minggu gaji kot

pergi jugak pasar malam tu, ada 1-2 je yang guna QR pay

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.215624 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top