CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Dua Bulan Maut Dipercayai Terhempap Oleh Abang Ketika Tidur

24-2-2023 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3892| Komen: 40

Seorang kanak-kanak dipercayai terhempap adiknya berusia dua bulan ketika tidur di rumah mereka di Taman Bidara Setia menyebabkan bayi itu maut semalam.

AWANI melaporkan, ibu Maryam Sofea Meor Syazalee menyedari bayi itu tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.


Bapa mangsa, Meor Syazalee Sha @ Meor Sha, 38, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri serta satu-satunya anak perempuan mereka sedang tidur di bilik tidur utama rumah manakala tiga lagi anaknya berusia 9, 6, dan 5 tahun tidur di bilik berasingan.


Gambar hiasan

“Apabila kami terjaga dari tidur, kami mendapati salah seorang anak lelaki yang berusia lima tahun sudah berada dan sedang tidur di sebelah adiknya.

“Tidak lama selepas itu, kami dapati anak perempuan kami tidak bergerak seperti biasa dan kami terus bergegas membawanya ke hospital sebelum disahkan telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, di sini, hari ini.


Pensyarah di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Masjid Tanah itu berkata, mereka sekeluarga reda dengan kejadian itu walaupun masih dalam keadaan terkejut.

“Ini ujian buat keluarga kami dan sebagai bapa saya reda dengan apa yang telah berlaku.

“Apa yang saya harap adalah supaya orang ramai tidak membuat spekulasi atau mengeluarkan komen negatif yang boleh mengguris emosi kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, polis akan mengeluarkan kenyataan apabila hasil laporan bedah siasat dikeluarkan, kata Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad enggan mengulas lanjut ketika dihubungi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 24-2-2023 04:07 PM
klu benda ni berlaku tak taska nk reda tak? saja je tanya. klu kt rumah sndiri haruslah reda tawaduk gitu.
Quote Nana_Man 24-2-2023 04:11 PM
Ajal baby tu dah sampai…
Quote margo20 24-2-2023 04:12 PM
Ada 2 lg anaknye kalau the only child myb lain sikit nada
Quote tikusmontok 24-2-2023 04:32 PM
margo20 replied at 24-2-2023 04:12 PM
Ada 2 lg anaknye kalau the only child myb lain sikit nada

Bukan 3 ke anak llki dia? Yg mninggal bongsu ppn
Quote cap_ayam 24-2-2023 04:50 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote hanasensei 24-2-2023 04:59 PM
Riso mak atau bapak dia jer yg hempap.. sbb pernah ada kes , breast ibu jnis besar kot.. lepas nyusu terlena terus.. rupanya breast ibu tindih hdung bby. Bby lak kan xpndai bernafas guna mlut lagi selalunya.. kena plak ayah or ibu yg jnis saiz besar..tdur jenis mati.. skali terhempap hdung bukan dorg sedar pun
Quote prettyuglybabe 24-2-2023 05:06 PM
kenapa hati i rasa bukan anak dia yang hempap
Quote sukacactus 24-2-2023 05:38 PM
Aku dl masa ank masih kecik, mmg asingkan baby kat dlm cot
Nak susukan aku bangun ambik, dah sudah letak balik
Xkira siang atau malam sebab takut jd mcm kes ni lah
Quote Samerosie 24-2-2023 06:37 PM
sukacactus replied at 24-2-2023 05:38 PM
Aku dl masa ank masih kecik, mmg asingkan baby kat dlm cot
Nak susukan aku bangun ambik, dah sudah l ...

Samalah kita sebab takut terhempap macam mi lah.  Anak dah setahun lebih baru berani nap sesama tapi dia lak hempap mak dia
Quote prizadane 24-2-2023 06:39 PM
Macam sedih lak kalau anak yg 5 tahun ni dah besar n terbaca kes ni. Seolah-olah dia lak yang bersalah. Walhal salah mak paknya. Letak la anak umur 2 bulan tu dalam baby cot. Iols pun ada anak kecik n baby dulu. Memang iols letak yang kecik tu dalam baby cot kalau tidur. Sebab kita takkan tahu apa yang akan jadi
Quote emera 24-2-2023 06:45 PM
Edited by emera at 24-2-2023 06:48 PM

Knp aku x paham berita ni?

Edit: oohhh anak lelaki 5 thn tu masuk bilik mak bapak & tido terhempap adik pompuan baby tuuuuu..
Quote sukacactus 24-2-2023 06:56 PM
Samerosie replied at 24-2-2023 06:37 PM
Samalah kita sebab takut terhempap macam mi lah.  Anak dah setahun lebih baru berani nap sesama ta ...

Hahaha kan
Tp tgk byk org buat camni kan
Parents tido skali dgn baby, aku seriau
Quote blue_blur 24-2-2023 07:34 PM
sian abang nya.. niat nak tido dengan adek kesayangan.... sampai bila2 mesti salah kan diri sendiri... sian...bertabah la semua..
Quote akmal 24-2-2023 07:44 PM
Takut Abg dia dengki Ltk bantal ke..yerlah dh 5thn baru dpt adik lg
Quote LadyCarefree 24-2-2023 08:02 PM
orang beranak, dia pun nak beranak.
Quote Suchi 24-2-2023 08:10 PM
Satu2 nya baby girl ke? Baby patut diletakkan kat katil dia.
Beli yg boleh letak sambung sebelah mak tu. Iols dulu beli kt ig je boleh bukak dan simpan.
Quote lurve82 24-2-2023 08:45 PM
Edited by lurve82 at 24-2-2023 08:47 PM

Benda nak jd. Benda ni blh jd dkt sesiapa. Sure sedih. Anak aku yg 9 thn pun sibuk nak tdo sekali atas katil. Aku mmg marah la. Aku mmg tdo sekali dgn baby. Mmg risau kalau tertdo atas baby. Slmt aku bukan jenis tdo ganas. Laki aku dulu pun penah tertdo atas katil sekali dan aku ternmpk dia nak tertdo atas muka baby anak aku yg 1st. Terus aku mengamuk dkt situ. Smpi anak no 3 dia xberani dh tdo sekali dgn baby. Dulu aku penah beli katil baby. Baby xnak tdo dlm tu. Dia nk jgk tdo sblh aku. Mmg tawakal je la aku tdo tak bergerak. Statik je posisi aku
Quote faraway1 24-2-2023 09:01 PM
Samerosie replied at 24-2-2023 05:37 AM
Samalah kita sebab takut terhempap macam mi lah.  Anak dah setahun lebih baru berani nap sesama ta ...

Sama. Tidur dalam cot sebelah mak, walaupun nak sangat berkepit dengan bau baby..  tapi takut tidur tak sedar diri, ialah 11 tahun tidur berdua senang lenang.... Tetiba ada baby.
Quote FlexyFox 24-2-2023 11:15 PM
Dlm berita, baby dipercayai dihempap abang. Mak bapa bukan nampak kejadian tu. Jadi, hanya spekulasi la kan. Jadi , siapakah yg hempap? Kenapa shak abang tu saja padahal ada 3 org kat situ. innalillahiwainnailaihirojiun...  Eloklah beringat, letak baby dlm cot pls kalau nak tidur.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.105165 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top