Zarina Anjoulie mendesak bekas tunangnya, Datuk Khazrul Elzey membuat permohonan maaf dan memberi kenyataan bagi membetulkan semua fitnah dilemparkan terhadapnya dan keluarga secara langsung.
Zarina atau Anju menyifatkan Khazrul seorang kaki belit sudah menyebabkan keluarganya menanggung malu. "Masa sebar aib bukan main riak, tapi masa nak minta maaf kecut pula," ujar Anju menerusi beberapa hantaran di Instastories. Dalam masa sama, Anju menegaskan tidak pernah memberi gambar bogel kepada lelaki berkenaan. "Awak kena clearkan kenyataan awak yang ini!" gesanya. Walaupun pelbagai kisah timbul mengenai mereka, Anju tetap menyayangi keluarga bekas tunangnya itu. Dalam pada itu, Anju menyifatkan masalah antara mereka selesai sebaik sahaja Khazrul menjelaskan perkara sebenar dan tiada masalah untuk berdamai seandainya bekas tunangnya itu menggunakan saluran yang betul. "Buat kali ini, gunakan otak awak. Jumpa saya, clearkan semua fitnah yang awak tabur pada saya!" tambahnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT