Sejak kebelakangan ini, kecoh tentang pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa "main kayu tiga" dengan seorang wanita dikenali sebagai Athira Yuhada. Hari ini, pelakon tersebut telah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29 dengan talak satu. Memetik mStar, adik kepada Shuhada yang mahu dikenali sebagai Sofia,25, mengesahkan lafaz cerai itu dibuat menerusi panggilan telefon di hadapan ahli keluarganya. Kata Sofia, keputusan untuk berpisah itu dicapai bersama antara kedua-dua pihak. Bukan itu sahaja, Nurul Shuhada dikatakan bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada hari kelahiran ibu kepada dua orang cahaya mata. Terdahulu, Athira Yuhada tampil meminta maaf kepada Nurul Shuhada dan berjanji tidak akan mendekati Hafidz lagi. Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi sebelum ini ada memuat naik gambar sedang menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya seolah-olah memberi gambaran rumah tangga mereka yang bermasalah sudah kembali jernih. Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2. - CARI |
slyfynx replied at 23-2-2023 09:55 PM
Mentang2 la wartawan CARI, bukak thread yang dah ade pun dpt kredit.
Hahahaha
Mikokoko replied at 23-2-2023 09:46 PM
Awl iols msk..mana yg lain..hahahaha
asfaz replied at 23-2-2023 10:12 PM
Kat benang lama u,dah berderet kena kutuk dah hr ni
slyfynx replied at 23-2-2023 09:55 PM
Mentang2 la wartawan CARI, bukak thread yang dah ade pun dpt kredit.
Hahahaha
Realpeople17 replied at 23-2-2023 10:11 PM
So ada beberapa pengajaran kita bleh amik kat sni. I might be wrong tp byk trjadi kat luar ni sbenar ...
ADVERTISEMENT