“Terima baik buruk (pasangan), tahap kesabaran kena tinggi dan yang paling penting sayang di antara satu sama lain. Itu pesanan ringkas Uqasha Senrose buat adiknya, Raysha Rizrose yang telah selamat bergelar isteri pada Rabu.
Uqasha berkata kepada Media Hiburan, dia turut bersyukur kerana majlis akad nikah Raysja berjalan dengan sempurna. Dalam masa sama, dia mendoakan Raysha dan suami dapat melayari bahteri rumah tangga dengan baik. Pada Rabu, Raysha, 27, selamat bergelar isteri kepada pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri,29, dengan sekali lafaz kira-kira jam 8.52 malam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. - CARI
|
ADVERTISEMENT